Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk daerah kecil Balingian diri gerai berdekatan simpang memasuki daerah itu

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BALINGIAN: Penduduk di daerah kecil Balingian memberi maklum balas positif apabila mengambil langkah awal mendirikan gerai berdekatan simpang memasuki daerah itu dari Kuala Tatau, Kuala Balingian ke daerah Balingian menuju laluan ke bandar Mukah semalam.

Peniaga-peniaga kecil ini mendirikan gerai kecil sementara berdekatan simpang empat jalan ke Balingian bagi menampung keperluan pengguna jalan raya yang singgah untuk mengisi perut atau membasahka­n tekak.

Seorang penduduk di daerah itu memberitah­u, antara barang makanan yang dijual adalah air kelapa muda, sayap ayam panggang, airminuman, pisang, kerepek pisang dan sebagainya.

Meskipun baharu dua peniaga kecil mengambil peluang mendirikan gerai sementara di tapak terbabit, ramai pengguna jalan raya singgah di kawasan tersebut untuk membeli makanan dan minuman.

Sebelum memasuki daerah kecil Balingian, terdapat juga penduduk di laluan Kuala Serupai ke Kuala Balingian berniaga di tepi jalan dan beberapa pengguna turut singgah meninjau hasil jualan di kawasan tersebut.

Selain itu, setiap hujung minggu peniaga kecil turut berniaga di gerai Pasar Lama Balingian di tebing Sungai Balingian yang lazimnya menarik kunjungan ramai baik dari luar mahupun dalam daerah Balingian.

Justeru Balingian memerlukan kawasan pengumpula­n dan penjualan hasil pertanian untuk memudahkan orang ramai berkunjung dalam persinggah­an laluan antara Balingian ke Mukah berdekatan Jambatan Batang Balingian atau lokasi lain yang bersesuaia­n.

Penduduk Balingian Abdul Rahman Yusof yang ditemui Utusan Borneo sebelum ini berkata: “Tempat yang diwujudkan itu dilihat sebagai satu kemudahan penting kepada penduduk terutama orang luar yang tidak berkesempa­tan membeli kuih-muih di bandar Mukah.

“Mungkin wajar didirikan pondok atau gerai untuk peniaga kecil di Balingian.

“Pada masa sekarang kita belum pasti tempat yang sesuai untuk mewujudkan pusat perniagaan seumpamany­a,” katanya.

“Kalau ada tempat yang sesuai, kita berharap ia dapat dibina secepat mungkin dalam skala kecil untuk kawasan berniaga yang bukan sahaja menjana ekonomi penduduk setempat, bahkan mengeratka­n silaturahi­m antara penduduk Kampung Pulat, Kampung Suyong, Kampung Masjid, Kampung Lintang dan Kampung Baru di Balingian berikutan mereka yang berniaga dikumpul di satu tempat yang sama,” tambahnya.

Selain itu, beliau mencadangk­an agar diwujudkan

Balingian.“

Mungkin wajar didirikan pondok atau gerai untuk peniaga kecil di Abdul Rahman Yusof Penduduk Balingian

kawasan rehat untuk pengunjung.

Dalam hal itu katanya, penduduk Balingian perlu ada komitmen serta sehati sejiwa untuk menggerakk­an ekonomi.

“Perniagaan yang diusa- hakan itu akan mencapai kejayaan dengan syarat penduduk sepakat dan bersatu di satu lokasi tetap dan mengenal pasti dari sekarang tempat yang sesuai untuk berniaga yang mampu menjadi tumpuan,” sarannya.

 ??  ?? MANFAATKAN: Ngalai (tiga kanan) menyerahka­n bantuan persekolah­an kepada seorang penerima.
MANFAATKAN: Ngalai (tiga kanan) menyerahka­n bantuan persekolah­an kepada seorang penerima.
 ??  ?? TUMPUAN: Kawasan perniagaan makanan, hasil pertanian dan sebagainya di gerai-gerai tebing sungai di Pasar Lama Balingian.
TUMPUAN: Kawasan perniagaan makanan, hasil pertanian dan sebagainya di gerai-gerai tebing sungai di Pasar Lama Balingian.
 ??  ?? ABDUL RAHMAN
ABDUL RAHMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia