Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga beranak tinggal dalam tandas awam

-

MIRI: “Jika gaji cukup, kami sekeluarga pun tidak mahu tinggal di sini, tapi sudah terpaksa.”

Demikian luah Gui Ting Kai, 58, kepada pemberita ketika ditemui semalam.

Gui berkata, dia bersama isteri dan anak perempuan bongsunya selama ini curicuri tinggal dalam tandas awam di Dataran Kipas di sini.

Gui memberitah­u, pendapatan bulanan sebagai warden taman sebanyak RM920 dan isteri RM250 tidak mencukupi.

Mereka juga perlu menjaga anak perempuan berusia 15 tahun yang merupakan orang kurang upaya (OKU).

Gui berkata, walaupun sihat tubuh, anaknya tidak bersekolah kerana mengalami masalah sukar bertutur.

Ditanya punca mereka sanggup tinggal di dalam tandas, dia menjawab: “Dapat kurangkan belanja, ada duit perlu bayar sewa, bil, makanan.”

“Baki puluhan ringgit sahaja, mana cukup,” ujarnya sambil mengakui faktor lain ialah isterinya Ting Mei Xiang, 48, bekerja sebagai penjaga tandas.

Ketiga- tiga beranak itu berhimpit dalam tandas OKU selama sembilan bulan, di mana di situlah mereka masak dan tidur.

“Tandas OKU sememangny­a jarang digunakan jadi ia sesuai dijadikan bilik tidur dan tempat memasak,” jelas Gui.

Selain itu, tandas berdekatan tasik itu juga kurang digunakan pengunjung kecuali pada hujung minggu dan ketika karnival.

Tiga beranak sebelum ini pernah menyewa tetapi disebabkan pendapatan tidak tetap, mereka berpindahr­andah untuk mendapat kadar sewa termurah.

Berasal dari Balingian, Mukah, pasangan suami isteri itu tidak mempunyai saudara terdekat di sini.

Sebelum bekerja sebagai warden pada 2014, Gui menyara keluarga sebagai nelayan.

Gui mendakwa pernah memohon bantuan rumah rakyat miskin daripada kerajaan tetapi masih belum mendapat jawapan.

Dia sudah tiga kali menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), tetapi belum membuat permohonan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Mengenai keluargany­a, empat anaknya yang sudah dewasa iaitu dua lelaki dan dua perempuan hampir setahun tidak menghubung­i mereka.

“Dua anak saya telah berkahwin dan mereka sudah lama tidak berhubung dengan kami.

“Saya tidak tahu di mana mereka berada sekarang,” ujarnya.

Kesempitan hidup tiga beranak itu kemudianny­a mendapat perhatian Parti Tindakan Demokratik ( DAP) ketika Setiausaha DAP Sarawak Alan Ling dan Ketua Pemuda DAP Miri Peter Hee mengadakan lawatan pemeriksaa­n di taman itu pada Jumaat lalu.

Alan berkata, tiga beranak itu tidak dibenarkan lagi tinggal di tandas itu kerana kontrak kerja si isteri tamat semalam.

“Kami telah mendapatka­n bilik sewa di salah sebuah rumah di Taman Gilbert di sini.

“Pemilik rumah tidak mengenakan sewa kepada mereka, jadi mereka hanya perlu menjaga kebersihan kediaman tersebut,” jelasnya.

Alan, Peter dan beberapa ahli DAP turut membantu keluarga itu memindahka­n barangan ke kediaman baharu mereka, selain menghulurk­an bantuan kewangan, keperluan dapur dan tilam.

DAP turut memaklumka­n kes tersebut kepada JKM.

Mereka yang mahu membantu boleh menghubung­i Peter di talian 0168520666.

Gui berterima kasih dan amat menghargai usaha DAP Miri kerana mendapatka­n kediaman tanpa sebarang bayaran.

“Sekarang kami bertiga tidak payah lagi bersusah payah mencari bilik sewa dan risau tentang bayaran,” jelasnya.

 ??  ?? JAGA KEBERSIHAN: Alan (kanan) bercakap dengan Gui dan Ting ketika mengunjung­i bilik sewa di kediaman baharu mereka di Taman Gilbert.
JAGA KEBERSIHAN: Alan (kanan) bercakap dengan Gui dan Ting ketika mengunjung­i bilik sewa di kediaman baharu mereka di Taman Gilbert.
 ??  ?? SEMPIT: Keadaan dalam tandas OKU yang dijadikan tempat memasak dan tempat tidur.
SEMPIT: Keadaan dalam tandas OKU yang dijadikan tempat memasak dan tempat tidur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia