Utusan Borneo (Sarawak)

Shahidan harap Dr M kembali ke pangkal jalan dan bersama kerajaan

-

ARAU: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata UMNO tiada masalah untuk menerima permohonan maaf Tun Dr Mahathir Mohamad sepanjang beliau berkecimpu­ng dalam politik.

“Alhamdulil­lah, Tun minta maaf... jika Tun mengaku ada buat salah kita boleh terima tetapi bila dah tuduh dengan teruk kerajaan yang memerintah, tidak baiklah... sebab kita semua bukan sempurna.

“Begitu juga bila nak tegur kita kena ingat kita pernah buat salah atau tidak... saya harap kembalilah ke pangkal jalan dan bersama kerajaan supaya kita menjadi lebih kuat dan dapat menunaikan lebih banyak hasrat dan kebaikan untuk rakyat,” katanya.

Semasa berucap merasmikan mesyuarat agung pertama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Shah Alam kelmarin, Dr Mahathir membuat permohonan maaf itu bagi segala kesalahan yang pernah dilakukann­ya.

Shahidan yang juga pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Perlis dan anggota Majlis Tertinggi UMNO ditemui selepas menyampaik­an keperluan sekolah program ‘Ceria Kembali Ke Sekolah Felcra Berhad’ di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Tambun Tulang di sini, semalam.

FELCRA menyumbang­kan 500 beg kepada anak-anak golongan B40 dalam kawasan Parlimen Arau sebagai sebahagian program khidmat kemasyarak­atannya pada majlis itu.

Sebelum itu, Pengurus Besar FELCRA Wilayah Utara (Kedah dan Perlis) Wan Mokhtar Wan Muda berkata seramai 1,006 orang anakanak golongan B40 termasuk anak-anak kakitangan agensi itu menerima bantuan berupa pakaian seragam sekolah, beg, alat tulis, kasut, stoking dan buku latihan.

Dalam perkembang­an lain Shahidan berkata pembangkan­g yang mulai mendekati rakyat untuk memberi sumbangan dan bantuan sejak akhir-akhir ini sama sekali tidak menggugat Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO.

“Biarlah... itu hak mereka untuk masuk beri bola sepak raga sebiji, beras sekampit dan sedikit bantuan. Kalau depa (mereka) tak masuk macam mana kita nak lawan dan lihat siapa lebih kuat dalam membantu dan menjaga kebajikan rakyat,” tambahnya.

Mengenai Perlis, beliau berkata UMNO telah membuat persiapan jangka panjang dan bersiap siaga untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 yang semakin hampir. — Bernama

Alhamdulil­lah, Tun minta maaf... jika Tun mengaku ada buat salah kita boleh terima tetapi bila dah tuduh dengan teruk kerajaan yang memerintah, tidak baiklah... sebab kita semua bukan sempurna. Datuk Seri Dr Shahidan Kassim Menteri di Jabatan Perdana Menteri

 ?? — Gambar Bernama ?? AKUR: Pritam (kiri), kelihatan termenung di hadapan kedai ketika berkemas sebelum berpindah dari Ampang Park, Jalan Ampang.
— Gambar Bernama AKUR: Pritam (kiri), kelihatan termenung di hadapan kedai ketika berkemas sebelum berpindah dari Ampang Park, Jalan Ampang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia