Utusan Borneo (Sarawak)

Dua lelaki dikehendak­i polis ditahan dalam Ops Rentap Khas

-

GEORGE TOWN: Dua lelaki yang memang dikehendak­i polis bersabit beberapa kes jenayah serta dadah antara yang ditahan dalam Ops Rentap Khas Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut yang dilaksanak­an dari malam kelmarin hingga awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Anuar Omar berkata dua lelaki berusia 30-an itu berjaya ditahan selepas polis menjalanka­n pemerikaan dalam sekatan jalan raya dan mendapati mereka memang dikehendak­i polis bersabit kes dadah dan jenayah.

“Hasil pemeriksaa­n seorang daripada lelaki itu dikehendak­i bersabit kes dadah di daerah Timur Laut dan dia memang diburu sejak dua tahun lepas manakala seorang lagi dikehendak­i kes jenayah di Teluk Intan, Perak,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata dalam op- erasi yang bermula jam 11 malam kelmarin hingga 4 pagi semalam itu, seramai 119 orang termasuk lima wanita diperiksa dan empat daripadany­a ditahan kerana kesalahan dadah.

Katanya sebanyak 97 motosikal turut diperiksa dan semua mereka diarahkan menolak motosikal masingmasi­ng sehingga ke balai polis berhampira­n untuk didokument­asi sebelum dibebaskan.

“Hasil pemeriksaa­n, sebanyak 17 buah motosikal disita kerana pelbagai kesalahan menurut Seksyen 64 Akta Pengangkut­an Jalan 1987 antaranya tiada cukai jalan dan ubah suai kenderaan tanpa kebenaran,” katanya.

Anuar berkata dalam operasi itu juga pihaknya turut turut mengeluark­an 74 saman kerana pelbagai kesalahan lalu lintas antaranya tiada lesen memandu, nombor pendaftara­an tidak mengikut spesifikas­i dan tiada cermin sisi.

Katanya operasi itu adalah antara usaha pihaknya mengekang kegiatan jenayah seperti ragut, samun tepi jalan, curi motosikal dan penyalahgu­naan dadah yang berlaku sempena ambang tahun baru di sekitar daerah ini.

“Selain itu, operasi tersebut juga bagi memastikan semua penunggang motosikal mematuhi undang-undang lalu lintas serta tidak berlumba sempena ambang tahun baharu,” katanya.

Beliau berkata 119 pegawai dan anggota polis terlibat dalam operasi dan pihaknya akan meneruskan operasi berkenaan dari semasa ke semasa dalam usaha membendung kegiatan jenayah serta lumba haram di sekitar daerah ini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SOAL SIASAT: Anggota polis melakukan pemeriksaa­n pada motosikal yang ditahan dalam satu Ops Rentap Khas yang dilakukan Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut dekat Padang Kota Lama awal pagi semalam.
— Gambar Bernama SOAL SIASAT: Anggota polis melakukan pemeriksaa­n pada motosikal yang ditahan dalam satu Ops Rentap Khas yang dilakukan Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut dekat Padang Kota Lama awal pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia