Utusan Borneo (Sarawak)

Sebahagian besar mereka dinaikkan pangkat berkuat kuasa hari ini

-

KUALA TERENGGANU: Berikutan persaraan wajib tiga pentadbir tertinggi negeri Terengganu yang berkuat kuasa semalam, seramai 44 pegawai kanan negeri dan pihak berkuasa tempatan ( PBT) terlibat dalam rombakan serta pertukaran jawatan di jabatan yang terlibat.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, pertukaran jawatan 44 pegawai kanan berkenaan yang sebahagian besarnya dinaikkan pangkat berkuat kuasa mulai hari ini.

Katanya, tiga pentadbir yang bersara adalah Pengarah Tanah dan Galian negeri Datuk Mohd Akil Mat, Pegawai Daerah Kuala Terengganu Datuk Mohd Yasin Awang dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu ( MBKT) Mohd Zulkifli Abu Bakar.

“Kita harap dengan perubahan atau rombakan struktur ini akan memberi satu lagi kekuatan kepada pentadbira­n kerajaan negeri selaras dengan slogan Transforma­si Terengganu Baharu,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Tugas Pegawai Kanan Negeri Dan Angkat Sumpah Pihak Berkuasa Tempatan Negeri di Wisma Darul Iman di sini.

Antara pertukaran jawatan yang terlibat ialah Pesuruhjay­a Hal Ehwal Agama Terengganu Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim ditukarkan ke jawatan Pengarah Tanah dan Galian Terengganu manakala jawatan lama beliau diganti oleh Pegawai Daerah atau Pentadbira­n Tanah Besut Wan Ismail Sahaimi Wan Omar.

Jawatan Datuk Bandar MBKT diambil alih oleh Samiun Salleh yang sebelum ini merupakan Pengurus Besar Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu, dan Pegawai Daerah atau Pentadbira­n Tanah Hulu Terengganu Azmi Razik kini menjadi Pegawai Daerah Kuala Terengganu.

Pegawai Daerah atau Pentadbira­n Tanah Marang Zainal Abidin Mohamed ditukarkan ke Hulu Terengganu dengan jawatan yang sama, selain Yang Dipertua Majlis Perbandara­n Dungun Shahidan Embok bertukar ke jawatan Pegawai Daerah atau Pentadbira­n Tanah Besut.

Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu Mat Azmi Arshad mengambil jawatan Pegawai Daerah dan Pentadbir Tanah Marang, Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu Osman A. Bakar bertukar jawatan sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandara­n Dungun, Timbalan Pengarah Tanah dan Galian Terengganu Wan Mohd Anuar Wan Endut pula ditukarkan ke Hulu Terengganu sebagai Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Tereng-

Kita harap dengan perubahan atau rombakan struktur ini akan memberi satu lagi kekuatan kepada pentadbira­n kerajaan negeri selaras dengan slogan Transforma­si Terengganu Baharu. Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman Menteri Besar Terengganu

ganu.

Sementara itu, Yang Dipertua Daerah Marang Rozali Salleh telah bertukar ke jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembanguna­n Usahawan Terengganu (YPUT) dan Setiausaha MBKT Zulkafeli Omar sebagai Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu.

Selain itu, Setiausaha Majlis Perbandara­n Kemaman Anuar Awang ditukarkan sebagai Yang Dipertua Majlis Daerah Marang manakala Ketua Audit Dalam Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu Wan Mohd Zaki Wan Abdullah ditukarkan ke jawatan Setiausaha MBKT.

Turut bertukar jawatan ialah Ketua Penolong Pentadbir Tanah Hulu Terengganu Ariffin Abdullah sebagai Ketua Penolong Pentadbir Tanah Kuala Nerus dan Setiausaha Majlis Perbandara­n Dungun Mohamad A. Rahman @ Othman kini menjawat jawatan Timbalan Pengarah Tanah dan Galian Terengganu.

Dalam pada itu, mengulas mengenai kerosakan lif di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) yang dikatakan agak mengecewak­an dan menyebabka­n kesukaran kepada masyarakat dan pihak hospital, Ahmad Razif berkata beliau akan mengadakan lawatan ke hospital berkenaan bagi mengenal pasti mengapa daripada empat unit lif hanya satu lif sahaja yang berfungsi.

Pada masa yang sama beliau ingin mengadakan perjumpaan bersama pihak kesihatan HSNZ, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak yang terlibat bagi mengenal pasti dan menyelesai­kan masalah tersebut agar kebajikan masyarakat dapat dijaga.

Ahmad Razif juga berkata satu jawatankua­sa yang akan dipengerus­ikan Setiausaha Kerajaan (SUK) akan diwujudkan bagi memastikan setiap 60 ‘touchpoint’ dalam pembentang­an Bajet 2018 dilaksanak­an mengikut masa yang ditetapkan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia