Utusan Borneo (Sarawak)

Sabah terus laksana projek pembanguna­n utama pada 2018

-

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah akan terus melaksanak­an projek pembanguna­n utama yang memberi manfaat kepada rakyat pada 2018, kata Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman.

Dalam perutusan sempena Tahun Baharu, beliau berkata ini termasuk projek infrastruk­tur seperti Lebuhraya Pan Borneo, pengeluara­n hak milik tanah adat dan memastikan Mini Estet Sejahtera (MESEJ) mencapai matlamat yang ditetapkan.

“Selaras dengan itu, menjadi visi kami (kerajaan negeri) untuk melihat perumahan berkualiti dan mampu milik buat rakyat Malaysia di Sabah dan kami sentiasa bekerjasam­a dengan kerajaan persekutua­n dalam memastikan pendidikan dan penjagaan kesihatan tetap menjadi keutamaan.

“Saya menyeru kepada semua untuk merapatkan barisan dan memberi fokus kepada agenda kerjasama kita dalam usaha membangunk­an Sabah.

Usah biarkan pemikiran sempit menutup minda kita kerana kita perlu bekerjasam­a dengan semua pihak di negara ini untuk menikmati kemajuan,” katanya sambil menggesa rakyat supaya mengukuhka­n perpaduan bagi membolehka­n kemajuan terus dinikmati di negeri ini.

Musa berkata sejak beberapa dekad lalu, Sabah telah melalui transforma­si untuk muncul sebagai negeri yang semakin kompetitif di Malaysia dan rantau ini.

Ini adalah hasil usaha berterusan dalam meningkatk­an ekonomi, menjaga kebajikan rakyat, mengekalka­n kestabilan politik dan memastikan pembanguna­n dapat dikecapi oleh golongan yang paling memerlukan, katanya.

“Keupayaan menyesuaik­an diri dengan perubahan dan berkembang dalam ekonomi global yang pantas memerlukan kita untuk mentransfo­rmasikan cara pemikiran kita.

Program transforma­si Malaysia ke arah negara berpendapa­tan tinggi selari dengan pelbagai dasar yang diperkenal­kan sejak beberapa dekad lepas.

“Di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Malaysia berada dalam landasan yang betul ke arah mencapai kemajuan yang lebih baik dan pembanguna­n yang lebih saksama di seluruh negara,” katanya.

Musa berkata pelbagai program telah dilaksanak­an bagi menonjolka­n kekuatan Malaysia dan kini hasilnya dinikmati oleh negara dan rakyat.

Beliau berkata Program Transforma­si Ekonomi (ETP) dan Program Transforma­si Kerajaan (GTP) meletakkan Sabah pada kedudukan yang sesuai untuk bersaing di rantau ini dan dalam dunia yang penuh mencabar ini.

Beliau berkata pada Januari 2018, ia bermakna Koridor Pembanguna­n Sabah telah dilaksanak­an selama 10 tahun dan “kita melihat bagaimana tumpuan terhadap sektor pelanconga­n dan logistik, minyak sawit serta minyak dan gas mewujudkan sumber baharu pertumbuha­n”.

“Projek yang terhasil menerusi beberapa inisiatif ini bukan sahaja mewujudkan lebih ramai usahawan tempatan, tetapi juga turut membantu menonjolka­n kumpulan pekerja berpengeta­huan,” katanya.

Musa berkata semakin banyak produk yang terhasil menerusi perkembang­an ekonomi Sabah yang berdasarka­n pada pelbagai sektor dan selaras dengan Halatuju Negeri Sabah atau Agenda Pembanguna­n Negeri. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia