Utusan Borneo (Sarawak)

Jenazah ADUN Lepar selamat dikebumika­n

-

KUANTAN: Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lepar Datuk Mohd Shohaimi Jusoh selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Gambang di sini, tengah hari semalam.

Mohd Shohaimi, 55, meninggal dunia di rumahnya di Sungai Isap Damai di sini, pada kira-kira jam 4.15 pagi semalam.

Beliau meninggalk­an seorang isteri Datin Rohaizan Yatim, 52, enam anak berusia antara 15 hingga 26 tahun.

Menurut anak kedua arwah, Mohd Irwan Afendi, 25, ayahnya yang menghidap kencing manis hanya demam sejak seminggu lalu, namun semakin pulih dan kelihatan ceria kelmarin.

“Pada jam 4 pagi, emak memanggil saya dan tiga adik yang berada di rumah untuk membantu mengangkat ayah yang lemah di tandas.

Kami membawanya ke bilik dan menghubung­i ambulans. Waktu itu nafas ayah begitu laju.

“Pegawai perubatan kemudianny­a mengesahka­n ayah sudah tiada, selepas beberapa kali melakukan melakukan bantuan pernafasan kecemasan ( CPR),” katanya kepada pemberita semasa ditemui di tanah perkuburan semalam.

Beliau menyifatka­n ayahnya sebagai penyayang walau- pun ada masanya tegas dengan anak-anak.

Terdahulu, jenazah Mohd Shohaimi yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Paya Besar disolatkan di Masjid Sungai Isap pada kira-kira jam 11.45 pagi, yang disertai kira-kira 1,000 orang.

Antara yang menziarahi jenazah ialah Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h.

Turut sama menziarahi jenazah adalah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, anggota mesyuarat majlis kerajaan, ADUN dan pengarah jabatan di Pahang.

Sementara itu, Ahli Parlimen Paya Besar Datuk Seri Abdul Manan Ismail berkata, beliau kehilangan seorang rakan dan seorang wakil rakyat yang sangat komited untuk membantu rakyat.

Lepar terletak di bawah Parlimen Paya Besar.

Abdul Manan berkata arwah tetap meluangkan masa mengikuti program di sekitar Parlimen Paya Besar walaupun tidak sihat termasuk program penyampaia­n sumbangan pada Khamis lalu, yang merupakan pertemuan terakhir mereka.

“Rutin arwah untuk ke- luar berjumpa orang ramai setiap jam 9 pagi, pulang ke rumah lewat petang dan sekali lagi keluar pada sebelah malam untuk berjumpa sesiapa sahaja yang mahu bertemunya.

“Masa arwah lebih banyak diluangkan di luar berbanding keluarga. Begitu komitednya arwah dalam bekerja. Beliau juga sepatutnya menghadiri satu majlis di sekolah kebangsaan Cina di sini pagi ini (semalam),” katanya.

Abdul Manan menyifatka­n arwah sebagai seorang yang sangat menghormat­i ADUN Lepar Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman yang dianggapny­a sebagai ‘guru’ merupakan Ketua UMNO Bahagian Paya Besar manakala arwah adalah setiausaha bahagian ketika itu, sehingga berkeras menolak apabila namanya dicalonkan pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

“.. Arwah bimbang jika beliau tidak dapat menggalas tanggungja­wab itu dengan baik... sedangkan sehingga ke akhir hayatnya arwah sentiasa mendedikas­ikan masanya dengan kerja dan masyarakat,” katanya.

Abdul Manan juga berkata, arwah baharu dilantik sebagai Pengerusi Jawatankua­sa Belia Yayasan Felda pada Oktober lalu, dan hanya sempat menghadiri dua mesyuarat. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DUKA: Mohd Shohaimi dan Rohazam menyiram air mawar di atas pusara suaminya yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lepar Datuk Mohd Shohaimi Jusoh sebaik dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sri Fajar, Jalan Kuantan-Gambang, Kuantan,...
— Gambar Bernama DUKA: Mohd Shohaimi dan Rohazam menyiram air mawar di atas pusara suaminya yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lepar Datuk Mohd Shohaimi Jusoh sebaik dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sri Fajar, Jalan Kuantan-Gambang, Kuantan,...
 ?? — Gambar Bernama ?? TAMPIL KEMAS: Adnan (empat kiri) bersama Khairuddin (dua kiri) mengguntin­g rambut murid ketika Program ‘Kembali Ke Sekolah’ Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (1) di Putrajaya, semalam
— Gambar Bernama TAMPIL KEMAS: Adnan (empat kiri) bersama Khairuddin (dua kiri) mengguntin­g rambut murid ketika Program ‘Kembali Ke Sekolah’ Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (1) di Putrajaya, semalam

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia