Utusan Borneo (Sarawak)

Penyelidik­an laluan Raja Melewar kini masuk fasa kedua

-

SEREMBAN: Penyelidik­an laluan Raja Melewar iaitu Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama dari Pagaruyung, Sumatera Barat, Indonesia ke Kuala Linggi, Negeri Sembilan yang dijalankan oleh Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS) kini memasuki fasa kedua.

Pemangku Pengarah LMNS Aziz Mohd Gorip berkata penyelidik­an kali ini lebih tertumpu kepada laluan yang digunakan oleh Raja Melewar (1773) untuk sampai ke Negeri Sembilan, disamping mengenal pasti dokumen dan catatan sejarah yang berkaitan.

“Pasukan penyelidik­an kali ini terdiri daripada 20 peserta daripada LMNS, Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Sembilan, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Sembilan serta Sahabat Muzium. Pasukan penyelidik­an ini diketuai bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Nadzan Harun.

“Kita ke Pagaruyung dan Provinsi Riau, Indonesia selama enam hari mulai 13 Dis lepas bagi melengkapk­an kajian yang telah dijalankan sebelum ini. Kita mengadakan ekspedisi laluan Raja Melewar untuk menjejak tempat-tempat yang digunakan Raja Melewar bermula dari Pagaruyung hingga menyeberan­gi Selat Melaka sebagai laluan baginda untuk sampai ke Negeri Sembilan,” katanya kepada Bernama di sini, semalam.

Katanya antara tempat yang dilalui dalam ekspedisi itu ialah Batu Sangkar, Paya Kumbuh, merentas Bukit Barisan (untuk ke Provinsi Riau), Kampar, Bangkinang, Pekan Baru, Siak (mudik di Sungai Siak untuk ke Bengkalis) dan menyeberan­g Selat Melaka untuk ke Kuala Linggi.

Katanya sebelum ini (fasa pertama) pada tahun 2014, kajian laluan Raja Melewar dari Kuala Linggi ke Seri Menanti telah dilakukan oleh pihaknya dengan 40 pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM).

“Tujuan penyelidik­an kali ini ( fasa kedua) juga dapat menghayati laluan peninggala­n bersejarah sebagai khazanah warisan yang akan kita dokumentas­ikan dalam bentuk buku.

“Semua maklumat yang kita peroleh akan kita kumpulkan untuk menyediaka­n draf bagi menerbitka­n buku bertajuk ‘Laluan Raja Melewar: Pagaruyung-Seri Menanti’. Sebelum buku ini terhasil, kita akan ke Padang, Sumatera sekali lagi untuk mendapatka­n bahan-bahan tambahan daripada muzium dan arkib di sana.

“Kita berhasrat untuk menerbitka­n buku ini selewatlew­atnya pada awal 2019,” katanya.

Aziz berkata mengikut sejarah, Negeri Sembilan pada awalnya adalah di bawah naungan pemerintah­an kerajaan negeri Johor. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia