Utusan Borneo (Sarawak)

Chelsea pintas United ditangga kedua liga selepas diikat Southampto­n pada perlawanan di Old Trafford Sabtu lepas

-

LONDON, England: Romelu Lukaku terpaksa diusung keluar dari padang selepas satu pelanggara­n di kepala ketika kelabnya, Manchester United seri tanpa jaringan dengan Southampto­n sementara Mohamed Salah membantu Liverpool menang 2-1 ke atas Leicester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris Sabtu lepas.

Lukaku berlanggar kepalanya dengan Wesley Hoedt ketika kedua- dua pemain berebut bola di udara pada separuh masa pertama perlawanan di Old Trafford.

Penyerang antarabang­sa Belgium itu terbaring kaku di atas padang ketika mendapat rawatan dari kakitangan perubatan pasukan selama lima minit.

Beliau masih belum sedar dan akhirnya diusung keluar dari padang dengan alat bantuan pernafasan.

Kecederaan melengkapk­an tempoh sukar buat Lukaku, yang hanya menjaringk­an empat gol dari 19 perlawanan terakhir buat United.

Dengan ketiadaan Lukaku, United gagal menembusi pintu gol Southampto­n dan terpaksa akur dengan keputusan seri yang ketiga berturuttu­rut dalam liga.

United menamatkan bulan Disember dengan ketinggala­n 14 mata di belakang pendahulu liga, Manchester City, yang boleh menjarakka­n lagi kedudukan dengan 17 mata jika menewaskan Crystal Palace pada perlawanan lewat.

“Apabila anda melihat seorang pemain meninggalk­an padang seperti itu, ia biasa melibatkan (rehat) dua perlawanan paling kurang,” kata pengurus United, Jose Mourinho ketika bercakap tentang Lukaku.

“Kami terlepas peluang mudah tetapi saya benar-be- nar tidak gembira kerana kami seharusnya memperoleh­i satu tendangan penalti.”

Virgil van Dijk, yang dibeli dari Southampto­n untuk yuran rekod dunia bagi seorang pemain pertahanan bernilai 75 juta pound, hanya akan dapat beraksi untuk Liverpool pada bulan Januari.

Tetapi kerapuhan benteng pertahanan Liverpool sekali lagi didedahkan apabila Leicester membuka jaringan seawal minit ketiga di Anfield.

Pemain pertahanan Liverpool, Joel Matip, kehilangan bola dan Riyad Mahrez mengumpan bola kepada Jamie Vardy untuk menewaskan penjaga gol Loris Karius.

Liverpool bagaimanap­un mengikat kedudukan tujuh minit selepas rehat apabila Salah menyempurn­akan hantaran cantik Sadio Mane untuk gol ke-22 beliau bersama Liverpool musim ini.

Salah kemudian menjaringk­an gol kemenangan pada minit ke-76 selepas melepasi kawalan pertahanan Leicester, Harry Maguire sebelum melakukan rembatan.

Liverpool, masih belum tewas dalam 12 perlawanan liga, kekal di tangga keempat dan kini memiliki kelebihan empat mata di hadapan pasukan di tangga kelima, Tottenham Hotspur dalam saingan kelayakan ke Liga Juara-Juara musim hadapan.

“Ia sangat menggembir­akan apabila menang seperti ini. Hari ini agak sempurna,” kata pengurus Liverpool, Jurgen Klopp.

Di Stamford Bridge, Chelsea memintas United ke tangga kedua liga selepas menang besar 5-0 ke atas Stoke City.

Antonio Rudiger membuka jaringan buat pasukan tuan rumah seawal minit ketiga dari satu tendangan percuma Willian.

Dengan Eden Hazard direhatkan, penggantin­ya, Danny Drinkwater menjaringk­an gol pertama beliau b e r s a m a

Chelsea pada minit kesembilan untuk menambah jaringan.

Stoke ketinggala­n 0-3 pada minit ke-23 apabila Pedro menyempurn­akan hantaran Willian untuk meletakkan Chelsea di landasan mencipta kemenangan keempat dari lima perlawanan liga.

W i l l i a n menyempurn­akan satu t e n d a n - gan pen- pada minit k e - 7 3 a l t i

untuk gol keempat sebelum Davide Zappacosta melengkapk­an jaringan untuk gol liga pertama beliau ketika berbaki dua minit permainan.

“Setiap kemenangan adalah penting untuk kami. Hari ini adalah sangat penting untuk mengutip tiga mata untuk meneruskan rentak positif apa hari s e l e p a s b e l i a u d i p e c a t oleh kelab d i v i s y - en dua, Sheffield Wednesday. Bagaimanap­un, per-

 ?? — Gambar AFP ?? GOL SULUNG: Zappacosta meraikan jaringanny­a ketika membantu Chelsea membelasah Stoke pada aksi liga di Stamford Bridge, London pada Sabtu lepas.
— Gambar AFP GOL SULUNG: Zappacosta meraikan jaringanny­a ketika membantu Chelsea membelasah Stoke pada aksi liga di Stamford Bridge, London pada Sabtu lepas.
 ?? — Gambar AFP ?? TIDAK SEDAR: Lukaku terbaring kaku ketika menerima rawatan daripada kakitangan perubatan United sebelum diusung keluar dengan bantuan alat pernafasan di Old Trafford, Manchester Sabtu lepas.
— Gambar AFP TIDAK SEDAR: Lukaku terbaring kaku ketika menerima rawatan daripada kakitangan perubatan United sebelum diusung keluar dengan bantuan alat pernafasan di Old Trafford, Manchester Sabtu lepas.
 ?? — Gambar Reuters ?? PRESTASI TERBAIK: Penjaga gol Leicester, Kasper Schmeichel berjaya menepis percubaan Salah (kanan) untuk menjaringk­an gol pada perlawanan di Anfield, Liverpool Sabtu lepas.
— Gambar Reuters PRESTASI TERBAIK: Penjaga gol Leicester, Kasper Schmeichel berjaya menepis percubaan Salah (kanan) untuk menjaringk­an gol pada perlawanan di Anfield, Liverpool Sabtu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia