Utusan Borneo (Sarawak)

Saya akan mengingati tahun ini seumur hidup saya, kata Conte

-

LONDON, England: Pengurus Chelsea, Antonio Conte mengimbau tahun 2017 ketika juara bertahan Liga Perdana Inggeris itu menamatkan tahun ini dengan kemenangan besar 5-0 ke atas Stoke City.

Ketika Conte berkata pasukannya jauh ketinggala­n di belakang pendahulu liga, Manchester City untuk mempertaha­nkan kejuaraan, jurulatih dari Itali itu masih gembira dengan cara pasukannya beraksi pada 12 bulan terakhir.

Chelsea memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris pada bulan Mei dan turut melangkah ke final Piala FA pada musim pertama Conte sebagai pengurus.

Walaupun jika peluang mempertaha­nkan kejuaraan liga dijangka sudah tiada, masih ada peluang memenangi kejuaraan pada tiga pertanding­an lain dalam separuh kedua musim.

“Untuk menamatkan tahun ini seperti ini adalah sesuatu yang hebat bagi saya, bagi pemain, kelab dan juga penyokong kami,” kata Conte.

“Tahun ini adalah tahun yang hebat kerana memenangi kejuaraan di England bukannya mudah. Untuk dapat melakukann­ya pada cubaan pertama, saya akan mengingati tahun ini seumur hidup saya.

“Dan untuk tahun hadapan, kami masih bersaing dalam empat pertanding­an. Kami masih mempunyai banyak lagi perlawanan.”

Skuad Chelsea dipenuhi begitu ramai pemain berbakat di mana ketiadaan Eden Hazard, Cesc Fabregas dan Andreas Christense­n kerana direhatkan, kelihatan tidak begitu dirasai apabila menentang Stoke.

Sebagai tambahan, Conte juga dapat mengeluark­an Victor Moses, N’Golo Kante dan Alvaro Morata menjelang minit ke- 71 untuk memberikan rehat tambahan menjelang perlawanan menentang Arsenal Rabu ini.

“Saya sangat gembira kerana saya melakukan beberapa pertukaran pemain hari ini dan apabila anda mempunyai reaksi seperti ini dari pemain anda, sudah tentu anda berasa gembira,” kata Conte.

“Manchester City memiliki jurang mata yang sangat besar di tangga teratas tetapi kami harus meletakkan diri kami dalam kedudukan yang baik pada setiap perlawanan dan memberikan tekanan kepada pasukan di hadapan kami.

“Saya tidak fikir anda boleh bermain sambil lewa pada perlawanan seperti ini di England tetapi saya berasa sangat gembira untuk menamatkan perlawanan dengan satu lagi tanpa bolos.

“Kami menunjukka­n perpaduan yang sangat baik. Jika anda membanding­kan musim ini dengan musim lepas, kami bolos tidak banyak gol. Kami menjaringk­an tidak banyak gol tetapi kami juga tidak bolos banyak.” — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? MENANG BESAR: Reaksi Conte ketika tamat perlawanan di Stamford Bridge, London Sabtu lepas.
— Gambar Reuters MENANG BESAR: Reaksi Conte ketika tamat perlawanan di Stamford Bridge, London Sabtu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia