Utusan Borneo (Sarawak)

Penyertaan Djokovic pada Terbuka Australia diragui selepas tarik diri di Terbuka Qatar

-

DOHA, Qatar: Bekas pemain nombor satu dunia dari Serbia, Novak Djokovic, menarik diri dari kejohanan Terbuka Qatar Sabtu lepas, sekali gus menimbulka­n keraguan penyertaan beliau pada kejohanan Grand Slam Terbuka Australia pada pertengaha­n bulan Januari.

Qatar adalah kejohanan kedua di mana Djokovic menarik diri dalam beberapa hari kerana kecederaan di bahagian siku.

Pemenang 12 kejuaraan Grand Slam itu diletakkan sebagai pilihan pertama di Doha tetapi dalam satu kenyataan, beliau berkata beliau tidak dapat mempertaha­nkan kejuaraan yang dimenangi dengan menewaskan Andy Murray pada tahun lepas.

Penarikan diri itu berlaku 24 jam selepas kecederaan memaksa beliau menarik diri dari kejohanan pertunjuka­n di Abu Dhabi.

“Malangnya, situasi dengan (kecederaan) siku saya tidak berubah lebih baik sejak semalam,” kata Djoko- vic.

“Saya masih berasa sakit dan kerana itu saya terpaksa menarik diri dari Terbuka Qatar.”

Djokovic menambah: “Hanya apabila saya cergas sepenuhnya saya akan bermain. Saya berharap ia akan berlaku dalam masa yang cepat. Saya mahu berterima kasih kerana kesabaran dan pemahaman anda.”

Kecederaan terbaru mengembali­kan keraguan terbaharu tentang masa depan jangka panjang pemain berusia 30 tahun itu dan peluang menyertai kejohanan Grand Slam pertama tahun hadapan di Terbuka Australia, yang bermula pada 15 Januari.

Dalam beberapa tahun yang lalu, Djokovic menjadikan kejohanan Terbuka Qatar sebagai kejohanan persediaan untuk Terbuka Australia.

Pada 2016, beliau menewaskan Rafael Nadal pada final di Qatar dan kemudian memenangi kejuaraan Terbuka Australia buat kali keenam.

Tahun lepas, beliau menamatkan 28 kemenangan berturut-turut Andy Murray untuk memenangi kejuaraan Terbuka Qatar yang kedua berturut-turut.

D j o k o v i c mensasarka­n perlawanan pert a m a beliau d i D o h a s e j a k t e w a s di suku a k h i r Wimb l e - don pada Julai tahun lepas. Jaguh Austria, Dominic Thiem, pemain ranking kelima dunia, kini diletakkan sebagai pilihan pertama di Terbuka Qatar. — AFP

 ??  ?? DJOKOVIC
DJOKOVIC

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia