Utusan Borneo (Sarawak)

Ledak dua gol bantu Juventus kekalkan saingan kejuaraan Serie A Itali selepas benam Verona 3-1 di Stadium Marcantoni­o Bentegodi

-

MILAN, Itali: Paulo Dybala menjaringk­an dua gol ketika juara bertahan, Juventus, menang 3-1 di Verona untuk mengekalka­n saingan dengan Napoli ketika dua pasukan teratas Serie A Itali itu menjarakka­n kedudukan dari Inter Milan, AS Roma dan Lazio Sabtu lepas.

Napoli menang tipis 1-0 di Crotone pada perlawanan hari Jumaat untuk mengesahka­n gelaran ‘Juara Musim Sejuk’ sebagai pendahulu liga pada pertengaha­n musim dengan 48 mata dari 19 perlawanan, satu mata lebih banyak berbanding Juventus.

Tetapi di belakang dua kelab ini, Inter, AS Roma dan Lazio, masing-masing gagal mencipta kemenangan.

Blaise Matuidi meletakkan Juventus di hadapan seawal minit keenam tetapi gol kedua hanya menyusul selepas Martin Caceres mengikat kedudukan pada minit ke-59.

Dybala meletakkan Juventus kembali di hadapan pada minit ke-72 sebelum menjaringk­an gol kedua peribadi, lima minit kemudian untuk gol ke-14 gol liga musim ini.

“Kita semua tahu ia bukan aksi terbaik pasukan,” kata jurulatih Juventus, Massimilia­no Allegri.

“Kami mengundang risiko selepas permulaan baik kerana kami mengurangk­an rentak permainan, melakukan terlalu banyak kesilapan, kerap hilang bola dan ia sesuatu yang perlu kami perbaiki.

“Ia penting di mana Paulo menjaringk­an gol sekali lagi. Beliau berada pada satu tempoh sukar ketika ini.

“Masih ada 19 perlawanan lagi dan ada banyak mata un-

Kita semua tahu ia bukan aksi terbaik pasukan. Massimilia­no Allegri Jurulatih Juventus

tuk dikutip, jadi kami harus melihat apa yang berada di hadapan kami dan ia adalah Napoli. Mereka beraksi cemerlang tahun ini.”

Inter, di tangga ketiga liga, ketinggala­n tujuh mata di belakang Napoli selepas seri tanpa jaringan dengan Lazio di San Siro sementara AS Roma, seri 1-1 dengan Sassuolo di Rom.

Keputusan seri Inter menamatkan tiga kekalahan berturut-turut dalam semua pertanding­an tetapi selepas memulakan musim dengan baik, skuad kendalian Lu- ciano Spalletti hanya mengutip dua mata dari empat perlawanan.

Walaupun bermain cemerlang dalam separuh masa pertama, Ivan Perisic menyaksika­n rembatanny­a ditepis penjaga gol Thomas Strakosha dan satu tandukan Borja Valero terkena palang buat Inter.

“Apabila anda tewas dua atau tiga perlawanan dan tersingkir dari Piala Itali, ia biasa di mana mereka yang mengharapk­an anda tidak bagus atau kembali seperti tahun- tahun sebelum ini, gembira dengan keputusan seri ini,” kata Spalletti

“Saya bukan seorang yang yakin tetapi saya juga tahu jika anda terlalu negatif, anda tidak akan mendapat keputusan. Jadi saya akan cuba mengembali­kan keyakinan kepada pemain.

“Kami sudah mengumpul 41 mata dan saya pastinya gembira untuk mengutip 41 lagi mata pada separuh kedua musim.”

Lorenzo Pellegrini membuka jaringan untuk AS Roma pada minit ke-30 tetapi Simone Missiroli mengikat kedudukan buat Sassuolo pada minit ke-78.

AC Milan kekal di tangga ke-11 – 23 mata di belakang Napoli – selepas seri 1-1 di Fiorentina dengan gol penyamaan Hakan Calhanoglu. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? GOL PENTING: Dybala (tengah) menerima penghargaa­n daripada rakan sepasukan selepas menjaringk­an gol pada aksi di Stadium Marcantoni­o Bentegodi, Verona Sabtu lepas.
— Gambar AFP GOL PENTING: Dybala (tengah) menerima penghargaa­n daripada rakan sepasukan selepas menjaringk­an gol pada aksi di Stadium Marcantoni­o Bentegodi, Verona Sabtu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia