Utusan Borneo (Sarawak)

Serena tidak pasti mahu pertahan kejuaraann­ya di Terbuka Australia

-

ABU DHABI, Emiriyah Arab Bersatu (UAE): Serena Williams membuat kepulangan ke sukan tenis selepas melahirkan anak dan memenangi satu set ketika menentang juara Terbuka Perancis, Jelena Ostapenko pada satu perlawanan pertunjuka­n Sabtu lepas tetapi berkata beliau masih belum membuat keputusan sama ada mahu mempertaha­nkan kejuaraan Terbuka A u s - tralia atau tidak. Pada perlawanan berlarutan satu jam dan tujuh minit, Ostapenko menang 6- 2, 3- 6 dan 10-5. Pemain berusia 36 tahun dari Amerika Syarikat (AS) itu, pemenang 23 kejohanan perseorang­an Grand Slam membuat kepulangan pertama selepas berehat hampir 11 bulan untuk melahirkan anak sulungnya. Perlawanan terakhir beliau ialah di final Terbuka Australia, di mana beliau menang walaupun ketika itu hamil dua bulan. “Ia menarik untuk k e m b a l i b e r a k s i . Saya be- nar- benar rindu untuk bermain, saya juga rindu dengan kejohanan, penonton dan suasana seperti ini. Ia amat hebat untuk kembali beraksi,” kata Williams selepas perlawanan.

“Saya tidak tahu jika saya sudah kembali sepenuhnya dalam Jelajah WTA atau tidak. Saya tahu apabila saya kembali, saya mahu bersaing untuk kejuaraan,” kata beliau sambil enggan membuat keputusan tentang penyertaan­nya di Terbuka Australia, yang akan bermula pada 15 Januari.

“Saya tidak tahu tetapi saya sememangny­a tidak sabar untuk kembali beraksi. Saya melihatnya sehari demi sehari. Saya akan menilai semuanya bersama-sama Patrick, (Mouratoglo­u, jurulatih) dan pasukan saya,” kata beliau.

Ia adalah kali pertama Ostapenko menentang Williams, yang beliau gambarkan sebagai “idola masa kecil”.

Pemain berusia 20 tahun dari Latvia itu lahir hampir dua tahun selepas Williams menjadi pemain profesiona­l pada September 1995.

Williams jelas mempunyai masalah dengan pukulan servisnya dan pergerakan­nya juga agak perlahan dalam gelanggang.

Beliau bermula dengan baik pada set pertama apabila mendahului 1- 0 tetapi kegagalan mengekalka­n konsistens­i ketika melakukan servis selain melakukan banyak kesilapan mudah, membolehka­n Ostapenko meningkatk­an permainan dan menang selesa.

Ketika pukulan servis masih tidak berubah, Williams melakukan beberapa pukulan padu terbaik untuk mengikat kedudukan pada set kedua dan membawa permainan ke set penentuan.

Ostapenko kelihatan tidak mempunyai masalah pada set penentuan kerana Williams melakukan begitu banyak kesilapan mudah. — AFP

 ??  ?? SERENA
SERENA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia