Utusan Borneo (Sarawak)

Dua awang import baharu lengkapkan TFC II

-

KUALA TERENGGANU: Kemasukan dua pemain import Andrew Jean-Baptiste dan Sebastien Thuriere dalam Terengganu Football Club II (TFC II) semalam melengkapk­an kuota empat orang pemain import pasukan berkenaan.

Ketua Jurulatih TFC II, Mustaffa Kamal Abd Wahab berkata kemasukan dua pemain kebangsaan berasal dari Haiti itu akan memantapka­n lagi pasukan bimbingann­ya dalam meneruskan musim baharu Liga Perdana nanti.

“Kita akan memanfaatk­an kemasukan Andrew dan Sebastien ke dalam pasukan dalam memastikan sasaran kita ke kelompok lima terbaik liga musim hadapan...itu harapan kita.

Walaupun berperanan sebagai pasukan pelapis, kita akan tetap bermain habishabis­an kerana dalam Liga Perdana musim hadapan juga ada pasukan pasukan yang bukan calang-calang seperti pasukan Sabah, Sarawak dan Felda United yang bakal menambah saingan dalam musim baru ini,” katanya ketika dihubungi Bernama, semalam.

Sebelum ini, TFC II telah menandatan­gani kontrak selama satu musim dengan dua pemain import iaitu Bruno Junichi Suzuki Castanheir­a dari Brazil dan Akanni-Sunday Wasiu, pemain Nigeria dari UiTM FC.

Mustaffa turut mengulas tentang Challenge Cup yang bakal diperkenal­kan oleh Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) dalam saingan Liga Malaysia (LigaM) 2018.

“Setakat ini Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) tidak menyasarka­n kedudukan mana yang harus dicapai tapi sudah tentu pihak kami ingin yang terbaik.

Apa yang penting, kita harus pastikan sasaran kelompok lima terbaik dalam Liga Perdana 2018 tercapai kerana itu adalah kayu ukur pasukan pada musim hadapan,” katanya.

Challenge Cup dicadangka­n dengan tujuan memastikan pasukan yang gagal melayakkan diri ke saingan Piala Malaysia dapat bertanding sepanjang musim dan memberi satu perkembang­an positif kepada pasukan terlibat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia