Utusan Borneo (Sarawak)

‘Pencarian Bintang Siol Kandis’ tarik minat belia terlibat dalam sukan, aktiviti komuniti

-

KUCHING: Penganjura­n Street Soccer Game ‘Pencarian Bintang Siol Kandis’ 2017 disifatkan sebagai program serampang dua mata bagi menarik minat belia untuk terlibat dalam sukan dan aktiviti komuniti.

Kejohanan yang diadakan di Padang Futsal Kampung Siol Kandis itu merupakan anjuran Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ranting Kampung Siol Kandis.

Seramai 51 peserta telah mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut yang menjadi penutup aktiviti Pemuda PBB Ranting Kampung Siol Kandis pada 2017.

Kejohanan berkenaan berjaya menarik minat para remaja dan belia di Kampung Siol Kandis dan penyertaan mereka pada hari kejohanan amat memberangs­angkan.

Ia berjaya mencapai objektif penganjura­n kejohanan yang telah dirancang iaitu menarik minat remaja dan belia mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah dan memperkena­lkan peranan dan tanggungja­wab barisan Pemuda PBB Ranting Kampung Siol Kandis dalam aktiviti kemasyarak­atan bersama penduduk kampung.

Menurut Ketua Pemuda PBB Ranting Kampung Siol Kandis Mohamad Hamzah Puini, penyertaan menggalakk­an itu sekali gus memberi gambaran bahawa anakanak muda di Kampung Siol Kandis gemar dengan penganjura­n aktiviti sukan.

“Malah pada masa yang sama, mereka (belia) mahukan aktiviti sedemikian terus diadakan.

“Selain itu mereka dapat mengetahui ilmu dan peraturan kejohanan serta mereka belajar cara menghormat­i rakan-rakan semasa di dalam padang,” katanya ketika dihubungi semalam.

Mengulas lanjut, kejohanan itu merupakan pertama kali diadakan dan akan menjadi titik permulaan kepada penganjura­n program lain yang berskala besar.

Pada masa yang sama, ba- risan ahli jawatankua­sa juga sempat memberi hebahan untuk menarik minat remaja dan belia turut serta dalam Pemuda PBB Ranting Kampung Siol Kandis agar dapat bersama-sama menyumbang ke arah aktiviti yang sihat dan berfaedah.

 ??  ?? BANGUN BOLA SEPAK: Jurulatih-jurulatih yang berjaya menamatkan Kursus Kejurulati­han Lesen C AFC merakam kenangan bersama Duke (duduk tengah), Nadarajen, Zaidel, Mohd Tuah, Wan Jamak dan Ibrahim.
BANGUN BOLA SEPAK: Jurulatih-jurulatih yang berjaya menamatkan Kursus Kejurulati­han Lesen C AFC merakam kenangan bersama Duke (duduk tengah), Nadarajen, Zaidel, Mohd Tuah, Wan Jamak dan Ibrahim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia