Utusan Borneo (Sarawak)

‘Cerita Dari Dinding’ telemovie konflik kekeluarga­an arahan Murali Abdullah di TV1

-

GABUNGAN lakonan mantap, jalan cerita menarik dan arahan pengarah drama berpengala­man, Murali Abdullah menjadikan tarikan utama dan kekuatan bagi telemovie terbaharu yang bakal disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertajuk ‘Cerita Dari Dinding’.

Dibintangi pelakon hebat Wan Hanafi Su dan Aida Khalida, selain turut dibantu oleh Aedy Ashraff, Wan Raja, Sherrie Merlis, Raja Norbaizura dan Lina Banks, telemovie ini disiarkan pada 6 Januari ini, jam 3.05 petang di TV1.

Lari daripada menonjolka­n kisah konflik biasa yang berlaku dalam telemovie yang disiarkan sebelum ini, ikuti perjalanan kisah watak utama lelaki separuh usia bernama Jalil yang mempunyai impian besar untuk membahagia­kan keluarga, isteri dan tiga orang anaknya.

Dia menjanjika­n segala kesenangan untuk anakanak dan isterinya, Rohana. Namun sifat panas baran dan suka membesarka­n diri kerap menggagalk­an apa jua usaha malah pelbagai padah menimpa.

Kekecewaan Jalil dilepaskan kepada Rohana, dan anak-anak. Rohana mencurahka­n rasa hatinya ke dinding bilik tidur yang tersembuny­i. Jalil kerap membalas luahan rasa Rohana itu di dinding yang sama.

Rohana berusaha menyatukan keluargany­a dan kerap menasihatk­an suami dan anak-anak supaya mengingati Allah. Namun tiada siapa mengendahk­annya kecuali Radzi. Panas baran Jalil meningkat, dia mengamuk di masjid dan di pejabat orang.

Jalil kerap tidak ada di rumah. Rohana siang malam mengambil upah menjahit untuk menyokong pendapatan keluarga.

Dalam keadaan kesunyian dan genting, Radzi, anak kesayangan Jalil dan Rohana, pulang ke rumah, meraung kecewa kerana putus cinta. Di tengah-tengah kesedihan itu, rahsia Jalil berkahwin selama 10 tahun dengan bekas pembantu kedainya, rakyat Indonesia, terbongkar.

Rohana pengsan. Dalam keadaan tertekan itu, Jalil diserang strok. Dalam keadaan kelam kabut itu, Radzi terjumpa tulisantul­isan di dinding yang menyebabka­nnya terkedu.

Akhirnya setelah Jalil pulih dan Rohana sembuh dari rasa kecewa itu, Jalil menceritak­an keadaan sebenar. Rohana sekeluarga gembira kerana Jalil bersedia untuk dipulihkan melalui rawatan psikiatri.

Bagi anda yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia