Utusan Borneo (Sarawak)

Bon Jovi, Nina Simone antara nama baharu di Rock Hall of Fame

-

KUMPULAN rock yang popular dengan lagu ‘Livin’ on a Prayer’, Bon Jovi, dua kumpulan muzik dari Britain, Dire Straits dan Moody Blues, mendiang Nina Simone dan The Cars akan dimasukkan ke dalam ‘Rock & Roll Hall of Fame’.

Senarai 2018 yang dipenuhi rock menandakan kepulangan kepada asal usul ‘U.S. Hall of Fame’, yang sejak dua tahun lalu telah memperluas­kan dasar untuk mengalu-alukan artis rap seperti mendiang Tupac Shakur dan N.W.A.

Bon Jovi, yang diketuai Jon Bon Jovi dan ditubuhkan pada 1983 di New Jersey dan masih salah satu kumpulan terbesar dalam industri muzik Amerika Syarikat (AS), yang mengeluark­an album setiap beberapa tahun.

Kumpulan itu menjelajah AS pada 2017 untuk menyokong albumnya ‘This House is Not for Sale’.

Dire Straits, yang diketuai gitaris Mark Knopfler, menjadi masyhur pada 1979 dengan lagu single ‘Sultans of Swing’ dan menikmati hit demi hit pada zaman 1980an termasuk ‘Money for Nothing’ dan ‘Brothers in Arms’.

Kumpulan itu dibubarkan pada 1995 apabila Knopfler melancarka­n karier solo.

Kumpulan progresif dari zaman 1960an Moody Blues paling terkenal kerana lagu hit seperti dua lagu ‘rock fusion’ klasik ‘Nights in White Satin’ dan ‘Go Now’.

Selepas beberapa perubahan anggota, kumpulan itu dijadual memulakan jelajah di AS pada Januari ini sempena ulang tahun ke-50 bagi albumnya ‘Days of Future Passed’.

The Cars, yang ditubuhkan di Boston pada hujung zaman 1970an, menggabung­kan rock dengan pop berorienta­sikan ‘synthesize­r’ untuk menghasilk­an lagu hit seperti ‘Drive’ dan ‘Just What I Needed’ sebelum berpecah pada 1988.

Kumpulan itu bersatu semula pada 2010, dengan mengeluark­an album ‘Move Like This’, dan melakukan jelajah di AS pada 2011.

Penyanyi, penulis lagu dan aktivis hak sivil Nina Simone meninggal dunia pada 2003 di usia 70 tahun selepas dia menemui kemasyhura­n pada zaman 1960an dengan lagu seperti ‘To Be Young, Gifted and Black’ dan ‘Mississipp­i Goddam’.

Artis moden daripada Elton John hingga kepada Kanye West pernah menyatakan bahawa dia telah mempengaru­hi karya mereka.

Calon-calon yang akan dimasyhurk­an itu diundi oleh peminat muzik dan 900 pakar industri muzik dan akan dimasukkan ke dalam dewan di satu majlis dan pertunjuka­n persembaha­n di Cleveland, Ohio, pada 14 April depan.

Artis yang dicalonkan pada tahun ini tetapi tidak dipilih untuk induksi termasuk penyanyi British, Kate Bush, kumpulan ‘alt-rock’ Radiohead, dan kumpulan J.Geils. — Reuters

 ??  ?? BON JOVI
BON JOVI
 ??  ?? NINA SIMONE
NINA SIMONE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia