Utusan Borneo (Sarawak)

Tentera Zambia dikerah perangi taun

-

LUSAKA: Presiden Zambia Edgar Lungu telah mengerahka­n tentera untuk membantu memerangi wabak taun yang sudah meragut 41 nyawa di ibu negara Lusaka dan menjejaska­n 1,550 lagi sejak September lalu.

Wabak awal bermula pada 28 September lalu menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan Kementeria­n Kesihatan Zambia seterusnya melancarka­n usaha untuk menyekat penularan penyakit itu.

Taun merupakan penyakit bawaan air yang selari dengan kemiskinan dan walaupun ia dapat dirawat dengan mudah, ia boleh menyebabka­n kematian jika tidak ditangani.

“Saya sudah mengarahka­n ketiga-tiga cabang Pasukan Pertahanan untuk menyertai Kementeria­n Kesihatan bagi meningkatk­an usaha untuk meminimumk­an penularan taun di ibu negara kita dan tempat lain di negara ini,” tulis Lungu dalam laman Facebook rasminya yang disahkan lewat Jumaat lepas.

“Lusaka telah mencatatka­n purata 60 kes baharu setiap hari.

“Saya memerhatik­an dengan sedih sekali 41 kematian akibat penyakit ini sejak ia merebak,” katanya lanjut.

“Wabak ini mulanya dikaitkan dengan air tercemar dari telaga cetek dan keadaan tidak bersih dalam kawasan perumahan dan awam yang terjejas.

“Namun kami sekarang memerhatik­an bahawa penularan taun sedang tersebar menerusi makanan tercemar,” tambahnya.

Lungu menambah tindakan akan diambil ke atas gerai makanan tepi jalan, bar dan restoran yang tidak memenuhi standard minimum kebersihan makanan.

“Saya amat bimbang mengenai penularan wabak ini yang begitu cepat,” katanya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia