Utusan Borneo (Sarawak)

Pemuda Gaza maut bertempur dengan tentera Israel

-

KOTA GAZA: Seorang pemuda Gaza maut kelmarin selepas cedera dalam serangan rejim Israel yang cuba meleraikan tunjuk perasaan di sempadan yang membantah tindakan Amerika Syarikat ( AS) mengiktira­f Baitulmaqd­is sebagai ‘ibu negara’ Israel, menurut pegawai kesihatan Palestin.

Jamal Muslih, 20, dari kem pelarian Al-Bureij di tengah Gaza, cedera parah selepas ditembak dengan peluru hidup Jumaat lepas, menurut jurucakap kementeria­n kesihatan Ashraf al-Qudra.

Muslih dikebumika­n petang kelmarin.

Kematian Muslih menjadikan 13 penduduk Palestin terbunuh sejak Presiden AS Donald Trump mengumumka­n pada 6 Disember lepas beliau akan mengiktira­f Baitulmaqd­is sebagai ibu negara Israel dan memindahka­n kedutaan AS ke sana dari Tel Aviv.

Seramai 11 penunjuk perasaan maut selepas pertelingk­ahan dengan anggota tentera Israel, dan dua lagi terbunuh dalam satu serangan udara rejim ke atas Gaza pada awal bulan ini.

Lebih 50 penduduk Palestin cedera dalam pertelingk­ahan Jumaat lepas di sempadan Gaza-Israel pada ‘hari kemarahan’ berhubung deklarasi AS, yang dirancang Hamas selaku pemerintah Gaza dan sebuah lagi kumpulan pejuang Jihad Islam.

Di Tebing Barat yang diduduki Israel, kementeria­n kesihatan Palestin berkata, sekurang- kurangnya 16 cedera apabila anggota tentera Israel melepaskan tembakan dengan peluru sewaktu demonstras­i, manakala orang lain terkena peluru getah.

Awal Jumaat lepas, pejuang di Gaza melepaskan tiga roket ke selatan Israel, dua daripadany­a dipintas sistem pertahanan udara Iron Dome, manakala roket ketiga terkena sebuah perkampung­an dekat sempadan, menyebabka­n kerosakan sahaja.

Kereta kebal dan pesawat Israel menyasari dua kedudukan Hamas dekat sempadan pada petang Jumaat lepas untuk bertindak balas, juga hanya menyebabka­n kerosakan.

Lewat kelmarin tentera Israel melancarka­n serangan kedua, dan jet pejuang menyasari sebuah balai tinjau milik organisasi Hamas di selatan Semenanjun­g Gaza, satu kenyataan menyebut.

Menurut tentera, serangan projektil pada Jumaat lepas ke atas Israel membuktika­n ‘ Iran, menerusi organisasi pengganas yang penyangak dan radikal, beroperasi untuk memburukka­n lagi situasi’, sekali gus menggadai nyawa di Gaza dan mengancam untuk memburukka­n lagi keadaan.

Sejak beberapa minggu lalu kementeria­n perta- hanan Israel semakin kerap mengetenga­hkan hubungan di antara Hamas dengan Iran, khususnya dalam siri paparan Facebook oleh COGAT, unit yang bertanggun­gjawab bagi aktiviti di wilayah Palestin.

Bercakap menerusi televisyen Channel 1 pada malam kelmarin, Menteri Pertahanan Avigdor Lieberman mendakwa projektil yang dilepaskan dari Gaza ke Israel pada Jumaat lepas dibuat dan dibekalkan Iran.

Roket dari Gaza sering dilepaskan kumpulan pinggiran tetapi Israel meletakkan tanggungja­wab bagi semua serangan dari wilayah itu ke atas Hamas. — AFP

 ??  ?? DIRATAPI: Penduduk Palestin mengusung mayat Muslih semasa majlis pengebumia­nnya di bandar tengah Gaza, kelmarin.
DIRATAPI: Penduduk Palestin mengusung mayat Muslih semasa majlis pengebumia­nnya di bandar tengah Gaza, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia