Utusan Borneo (Sarawak)

Suspek serang pasar raya Rusia ditahan

-

MOSCOW: Penyiasat Rusia kelmarin menangkap seorang suspek yang dikaitkan dengan bom di Saint Petersburg yang memusnahka­n sebuah pasar raya dan mencederak­an 18 orang dalam serangan yang dilabel Presiden Vladimir Putin sebagai perbuatan teroris.

Saint Petersburg, bandar raya kedua di Rusia dan tempat asal Putin, menyaksika­n serangan bom metro berdarah pada April lalu dan bakal menganjurk­an perlawanan di kejohanan bola sepak Piala Dunia pada tahun ini, sekali gus menimbulka­n kebimbanga­n mengenai serangan serupa.

“Suspek sedang disoal siasat,” jurucakap bagi Jawatankua­sa Siasatan Rusia Svetlana Petrenko menyebut dalam satu kenyataan.

“Penganjur dan dalang langsung yang meledakkan sebuah alat letupan buatan sendiri pada 27 Disember lalu dalam sebuah pasar raya di Saint Petersburg telah di- tangkap dalam satu operasi khas oleh FSB”, ujar jabatan keselamata­n, menurut agensi berita Rusia, Interfax.

Agensi berita itu memetik sumber yang dekat dengan kes itu sebagai berkata suspek adalah Dmitry Lukyanenko, seorang penduduk berusia 35 tahun di Saint Petersburg dan anggota pergerakan nasionalis ‘New Age’.

Bom buatan sendiri itu diletak dalam sebuah lokar di pasar raya terbabit di barat laut Saint Petersburg pada Rabu lepas.

Seorang wanita mengandung turut cedera dalam letupan yang diakui dilakukan kumpulan Islamic State (IS). Lapan orang masih berada di hospital.

Keputusan Putin pada 2015 untuk memulakan campur tangan tentera dalam konflik di Syria di pihak Presiden Bashar al-Assad telah menjadikan Rusia sasaran utama bagi kumpulan pelampau.

Serangan bom Rabu lepas berlaku selepas badan keselamata­n FSB berkata pada awal bulan ini bahawa ia telah berjaya menghalang satu serangan pengganas ke atas sebuah katedral Ortodoks penting di Saint Petersburg dengan bantuan Agensi Perisikan Pusat (CIA) dari Amerika Syarikat (AS) yang mendorong Putin untuk mengucapka­n terima kasih kepada Presiden AS Donald Trump.

Kereta api bawah tanah di bandar raya itu turut disasari serangan bom pada April lalu yang mengorbank­an 15 orang dan mencederak­an puluhan lagi, dan ia diakui dilakukan oleh satu kumpulan tidak dikenali yang dikaitkan dengan Al-Qaeda.

Pada awal bulan ini, ketua jabatan keselamata­n FSB di Rusia Alexander Bortnikov berkata sekurang- kurangnya 4,500 warga Rusia sudah meninggalk­an negara itu untuk berperang bersama ‘pengganas’ dari Timur Tengah, Afrika Utara dan rantau lain.

Putin sendiri memberi amaran selepas serangan bom Rabu lepas bahawa penjenayah bersenjata boleh “dihapuskan serta-merta di tempat kejadian”.

“Seperti yang anda tahu, satu perbuatan keganasan berlaku di Saint Petersburg semalam,” kata Putin kepada pegawai yang menyertai kempen Rusia di Syria di satu majlis anugerah.

Beliau berkata beliau sudah mengarahka­n badan keselamata­n negara untuk bertindak tegas menghapusk­an penyamun serta-merta di tempat kejadian jika anggota militan bersenjata memberikan tentangan.

Sejak 20 tahun lalu Rusia terlibat dalam dua peperangan dengan puak pemisah di Chechnya, yang mendorong puak militan Islam dari Kaukasus Utara untuk kerap menyasari warga Rusia menerusi serangan bom nekad dan serangan lain. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia