Utusan Borneo (Sarawak)

Pengukuhan ringgit diramal berterusan sehingga 2018

-

KUALA LUMPUR: Pengukuhan ringgit diramal berterusan sehingga 2018, meningkat sekitar 4.00 berbanding dolar, berikutan sokongan daripada sentimen dolar US yang lemah dan pemulihan harga komoditi.

Naib Presiden dan Ketua Penyelidik­an Runcit Affin Hwang Investment Bank, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata, unit tempatan yang mengakhiri 2017 dengan kukuh, akan diniagakan secara positif minggu ini.

Ia turut disokong perkembang­an tempatan yang positif, termasuk pertumbuha­n ekonomi yang mapan, aliran masuk dana asing yang mantap serta prestasi pasaran ekuiti yang kukuh.

Menurut beliau, prospek kadar dasar semalaman yang lebih tinggi oleh Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyokong sentimen di pasaran.

“Pasaran yang cergas akan berterusan tahun depan (tahun ini). Kita mempunyai banyak pemangkin yang memacu ringgit, dengan rizab kita menunjukka­n trend meningkat. Semua ini menjadi petanda baik untuk ringgit,” katanya kepada Bernama.

Rizab antarabang­sa BNM berjumlah AS$102.2 bilion (RM431.6 bilion) setakat 15 Disember 2017 berbanding AS$101.9 bilion (RM430.4 bilion) pada 30 November 2017.

Nazri Khan berkata, paras hutang isi rumah yang lebih baik, yang berkurang kepada 84.6 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada September 2017 berbanding 88.4 peratus tahun lepas, akan turut memacu momentum ring- git.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, ringgit meningkat berbanding dolar AS kepada 4.0440/0500 berbanding 4.0770/0800 pada minggu sebelumnya.

Mata wang tempatan itu diniaga bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0265/0323 daripada 3.0317/0346 Jumaat lalu dan menokok berbanding yen kepada 3.5912/5968 daripada 3.5965/5998 sebelum ini.

Ringgit bagaimanap­un susut berbanding pound Britain kepada 5.4602/4687 daripada 5.4587/ 5639 dan merosot berbanding euro kepada 4.8451/8535 daripada 4.8304/8344.

Pasaran tempatan ditutup pada Isnin sempena cuti Tahun Baharu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia