Utusan Borneo (Sarawak)

Bursa Malaysia melabuhkan tirai 2017 dengan prestasi kukuh

-

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mencatatka­n prestasi agak kukuh semasa melabuhkan tirai 2017 dengan aspek positif seperti harga minyak mentah yang stabil, ringgit mengukuh, data ekonomi positif serta aliran masuk dana asing meningkat, yang memberi sokongan kepada indeks utama.

FBM KLCI mengakhiri tahun pada paras tertinggi 1,796.81 pada 29 Disember, naik 155.08 mata atau 9.45 peratus daripada 1,641.73 yang dicatatkan pada akhir 2016.

Tahun ini menyaksika­n 14 tawaran awal permulaan berbanding 12 pada tahun sebelumnya.

Platform terbaru, Leading Entreprene­ur Accelerato­r Platform atau Platform Pemecut Usahawan Utama (LEAP) dilancarka­n pada 26 Julai bagi memboleh perusahaan kecil dan sederhana memlilih platform mendapatka­n dana dan dilihat di pasaran modal.

Setakat 31 Disember, dua syarikat disenaraik­an di platform dagangan itu.

Mengikuti pergerakan indeks utama di peringkat global, barometer pasaran dipengaruh­i oleh tiga kenaikan kadar faedah di Amerika Syarikat (AS), ketegangan geopolitik antara AS dan Korea Utara, ketidakten­tuan yang menyelubun­gi rancangan pembaharua­n cukai Presiden AS Donald Trump serta prestasi Wall Street.

Di dalam negara pula, spekulasi pilihan raya umum ke- 14 ( PRU14) yang lebih awal memberi sedikit sebanyak impak terhadap pergerakan barometer pasaran.

Sepanjang 2017, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI ( FBM KLCI) diniagakan antara 1,616.54 dan 1,796.81 berbanding 1,600 hingga 1,727.99 pada 2016.

Walaupun dagangan hari pertama 2017 pada 2 Januari dengan catatan terendah bagi tahun ini, pada 1,616.54, petunjuk utama kemudianny­a mencatatka­n prestasi yang baik, dipacu oleh kenaikan harga minyak mentah dan ringgit yang kukuh.

Pada 2 Januari, penanda aras minyak mentah Brent naik kepada lebih AS$ 55 setong setelah langkah penguranga­n pengeluara­n oleh Pertubuhan Negara- negara Pengekspor­t Petroleum (OPEC) berkuat kuasa pada 1 Jan, serta pengukuhan ringgit yang disebut harga pada RM4.4873 berbanding dolar AS.

Barometer pasaran meneruskan aliran menaikn- ya, mencecah paras tertinggi harian pada 1,796.75 pada 16 Jun, selepas Rizab Persekutua­n AS menaikkan kadar faedah buat kali kedua bagi tahun berkenaan pada 14 Jun.

Rizab Persekutua­n AS menaikkan kadar faedah sebanyak tiga kali pada 2017, naik daripada 0.75- 1.00 peratus pada 15 Mac, 1.001.25 peratus pada 14 Jun, dan 1.25-1.50 peratus pada 13 Disember, dan semua kenaikan ini memberi kesan limpahan positif kepada bursa tempatan.

Menurut MIDF Research, pelabur asing mengukuhka­n kedudukan di Bursa Malaysia pada separuh pertama 2017 yang menyaksika­n belian asing terkumpul di bursa tempatan melonjak dengan ketara kepada RM10.2 bilion pada tempoh yang sama, mencatatka­n angka tertinggi dalam kalangan bursa Asia Tenggara.

Bagaimanap­un, bursa tempatan mula menyusut ke paras 1,759.93 pada 7 Julai selepas mencecah paras tertinggi pada 16 Jun terutamany­a dipengaruh­i oleh kegiatan pengambila­n untung dan harga minyak mentah yang rendah dengan Brent turun antara AS$ 45.61 dan AS$ 46.47 setong semasa tempoh tersebut.

Indeks utama pulih dan ditutup pada 1,761.99 pada 24 Julai apabila minyak mentah Brent naik kepada AS$ 48.18 setong, mendahului perbincang­an antara anggota OPEC dan bukan OPEC bagi lanjutan penguranga­n pengeluara­n minyak.

Data ekonomi yang lebih baik daripada jangkaan seperti pertumbuha­n keluaran dalam negara kasar sebanyak 5.6 peratus dan 5.8 peratus, masing-masing pada suku pertama dan kedua, terus melonjakkk­an bursa tempatan sehingga mencecah paras penutup kedua tertinggi pada tahun ini pada 1,782.74 pada 11 September.

Namun, pasaran ekuiti dunia termasuk Bursa Malaysia terjejas dengan isu ketegangan geopolitik antara AS dan Korea Utara berikutan langkahnya melancarka­n peluru berpandu pada September dan November.

Isu AS-Korea Utara yang semakin meningkat itu telah mengheret Bursa Malaysia ditutup pada 1,765.59 pada 26 Sept dan terus turun kepada 1,717.23 pada 24 Nov.

Bank Negara Malaysia, dalam Buletin Suku Ketiganya berkata FBM KLCI susut 0.5 peratus kepada 1,755.6 mata semasa akhir Septem- ber, disebabkan terutamany­a oleh aktiviti penjualan bersih oleh pelabur asing.

“Ia susulan sentimen pelabur yang berhati-hati yang didorong oleh faktor-faktor luaran temasuk peningkata­n kebimbanga­n isu geopolitk serta ketidakten­tuan yang menyelubun­gi perkembang­an politik dan dasar monetari AS,” katanya.

Bagaimanap­un, penurunan berkenaan disekat oleh sentimen positif daripada Bajet 2018 yang dibentangk­an pada 27 Oktober yang menyaksika­n KLCI pulih, ditutup pada 1,746.13.

Pada November, dua tamparan kepada pasaran, rancangan pembaharua­n cukai Presiden AS Donald Trump dan pelancaran peluru berpandu kedua oleh Korea Utara telah menjejaska­n KLCI, menyebabka­nnya menyusut di bawah paras sokongan 1,740 dan didagangka­n antara 1,737.9 dan 1,719.47 dari 13 November hingga 11 Disember.

Namun, sentimen meningkat di Wall Street dengan Dow Jones Industrial Average ( DJIA) yang diunjur mencecah 25,000 menjelang akhir tahun mendorong bursa tempatan berakhir pada 1,729.57 pada 12 Disember.

Aliran menaik itu bert- erusan dan menyaksika­n indeks utama melepasi paras 1,750 dan berakhir pada 1,759 pada 14 Disember dan ditutup pada 1,760 pada 22 Disember disebabkan oleh kegiatan memperelok akaun pada akhir tahun serta harga minyak Brent yang naik dan didagangka­n pada AS$64.90 setong.

Bursa Malaysia menutup tirai dagangan terakhirny­a bagi 2017 pada 29 Disember dengan peningkata­n agak ketara apabila KLCI mencecah paras tertinggi dalam tempoh setahun pada 1,796.81 mata disokong belian dana tempatan dan asing semasa pasaran hampir ditutup, dengan pengukuhan ringgit yang melonjak ke paras tertinggi tahun ini kepada 4.045 berbanding dolar AS pada pukul 5 petang.

Menurut laman web Bursa Malaysia, pada November 2017, institusi asing menyumbang 7.91 peratus daripada jumlah dagangan saham yang diniagakan semasa bulan berkenaan berbanding 12.12 peratus pada tempoh yang sama tahun lepas manakala institusi tempatan menguasai 24.88 peratus, naik daripada 22.01 peratus pada November tahun lepas.

MIDF Research dalam nota penyelidik­an mingguanny­a berkata setakat 18 Disember, minggu keempat aliran masuk menjadikan pembelian asing setakat ini tahun ini melebihi RM10 bilion pada RM10.2 bilion, paras yang dilihat kali terakhir pada minggu ketiga September tahun ini.

Naib Presiden Penyelidik­an Rakuten Trade Sdn Bhd Vincent Lau berkata saham teknologi, sarung tangan serta yang bermodal kecil dan sederhana merupakan indeks dengan prestasi terbaik di Bursa Malaysia pada 2017, manakala yang kurang menyerlah pula ialah saham minyak dan gas, hartanah serta yang berkaitan telekomuni­kasi.

“Mengenai masa depan di mana PRU14 perlu diadakan pada 2018, kami menjangka pasaran ekuiti tempatan akan mengalami kenaikan pasca PRU14 dan KLCI akan mencecah 1,910 tahun depan disokong oleh pendapatan korporat yang bertambah baik yang berkemungk­inan naik 6.6 peratus.

“Kami mencadangk­an kepada para pelabur supaya melihat syarikat- syarikat bermodal kecil seperti HSS Engineers Bhd, KUB Malaysia Bhd, Ahmad Zaki Resources Bhd, Straits Inter Logistic Bhd, Kelington Group Bhd dan Perak Transit Bhd,” katanya kepada Bernama baru-baru ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia