Utusan Borneo (Sarawak)

Prestasi Bintulu Port berangsang­kan

Mencatat sejarah kendali kontena 300,000 TEUs lepasi sasaran 276,400 TEUs

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Bintulu Port Sdn Bhd (BPSB) mencatat prestasi pengendali­an kontena yang sangat memberangs­angkan pada 20 Disember lalu iaitu 300,000 TEUs, yang dilihat melepasi sasaran syarikat bagi pengendali­an kontena yang disasari 276,400 TEUs.

Peningkata­n dalam pengendali­an kontena import yang dipunggah dari MV Contship Hub pada tahun ini mencatatka­n rekod terbaik berbanding tahun sebelumnya dan ini merupakan pencapaian bersejarah, demikian menurut kenyataan BPSB di sini semalam.

Kerjasama dan komitmen padu kakitangan Bintulu Port khususnya Pengurusan Terminal Kontena dan pengguna–pengguna pelabuhan merupakan faktor utama kepada pencapaian ini, sekali gus merupakan rekod tertinggi pengendali­an kontena dalam tempoh 10 tahun terakhir ini.

Pengurus Besar Terminal Kontena Azharan Ramlee berkata, “Dengan mengambil kira persekitar­an masa kini yang mencabar atau berubah- ubah serta rumit maka komitmen tinggi, sikap positif dan sentiasa dipercayai amat penting untuk mencapai prestasi yang lebih cemerlang pada masa hadapan.”

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) Dato Mohammad Medan Abdullah merakamkan tahniah dan syabas kepada kakitangan Bintulu Port yang memberi sumbangan sama ada secara langsung mahupun tidak langsung atas pencapaian ini.

Beliau menekankan tumpuan khusus yang harus diberikan kepada kecekapan operasi, perkembang­an perniagaan serta mengekalka­n hubungan yang erat dengan pengguna pelabuhan merupakan langkah awal bagi meraih pencapaian positif.

“Bintulu Port hendaklah meneruskan proses tranformas­inya dan berharap pelabuhan itu akan mencapai kejayaan yang lebih gemilang pada tahun 2018, juga untuk tahun- tahun seterusnya,” tegas beliau.

 ??  ?? MANTAP: Kapal MV Consthip Hub memunggah kontena di Pelabuhan Bintulu.
MANTAP: Kapal MV Consthip Hub memunggah kontena di Pelabuhan Bintulu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia