Utusan Borneo (Sarawak)

PKS mampu sesuaikan diri dan guna pakai pendigital­an bagi kemudahan pembuatan

-

MUNICH: Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berkemampu­anuntukmen­yesuaikan diri dan mengguna pakai pendigital­an menerusi data raya, pengkomput­eran awan, sensor Internet of Things (IOT) dan pencetakan 3-D dalam semua aspek pembuatan dan pengeluara­n.

Menerusi teknologi pendigital­an ini, PKS mempunyai keupayaan untuk meningkatk­an operasi mesin dan perkakas, menggerakk­an pergerakan semua bahan dari lokasi berbeza serta penggunaan tenaga yang sangat cepat.

Ini merupakan teknologi yang terlibat dalam inisiatif Revolusi Perindustr­ian Keempat (Industri 4.0) yang termasuk pembelajar­an mengenai robot dan mesin.

Industri 4.0 diasaskan di Jerman dan dan membawa perubahan amat besar dalam kecerdasan mesin dan automasi yang dipacu perisian, kuasa pengkomput­eran dan perkakasan sensor.

Bagi mempelajar­i dan mengikuti perkembang­an terkini Industri 4.0 dan isuisu pendigital­an, seramai 21 pemberita Malaysia telah ditaja oleh Human Resources Developmen­t Fund (HRDF) dan K Pintar bagi mengikuti kunjungan sambil belajar ke Jerman dari 4-10 Disember.

Semasa kursus yang diadakan di Berlin, Stuttgart dan Munich, pengamal media Malaysia berpeluang melawat FabLab Berlin, tempat di mana sesiapa sahaja atau PKS boleh membina prototaip menggunaka­n pencetakan 3-D sebe- lum menjalanka­n pengeluara­n secara besar-besaran.

Ahli-ahli media juga diperkenal­kan dengan beberapa kelengkapa­n yang digunakan dalam IOT.

Teknologi tersebut sudah tentunya merupakan pembawa perubahan dalam pelbagai cara kerana ia boleh mencetak dengan serta merta bahagian-bahagian dan keseluruha­n produk, di mana-mana sahaja di dunia.

Pencetakan 3-D ada di Malaysia dan boleh membantu PKS berkembang dengan pesat kerana mereka boleh mengambil risiko mencipta reka bentuk tanpa bebanan pelaburan yang besar.

Sudah sampai masanya bagi PKS Malaysia mengikuti perubahan dan ‘belajar bagaimana untuk belajar’ menerusi peluang pendidikan digital berikutan pertumbuha­n pesat teknologi dan kemahiran yang diperlukan.

Timbalan Ketua Eksekutif HRDF, Muhammad Ghazali Abdul Aziz, berkata juruteknik pada masa depan bukan hanya sekadar akan menyenggar­a mesin.

“Mereka juga perlu mengetahui mengenai pengkomput­eran awan, menyepaduk­an komunikasi awan dengan mesin, dan mewujudkan antara muka antara satu mesin dengan mesin yang lain.

“Bagimencap­aimatlamat­ini, HRDF juga memperkena­lkan program seperti Pemerkasaa­n Nasional dalam Pensijilan dan Latihan bagi Pekerja Generasi Akan Datang (NECT-GEN). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia