Utusan Borneo (Sarawak)

SIMUNJAN LOKASI SUKAN POPULAR

Pesta Silat, Muaythai dianjur pada 2018, dua sukan ini mendapat sambutan penduduk

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Simunjan bakal menjadi lokasi penganjura­n acara sukan popular muaythai dan silat pada 2018.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Simunjan Awla Dris berkata, sukan itu kini mendapat tempat di hati penduduk di kawasan tersebut terutama dalam kalangan anak muda.

“Pada tahun depan ( 2018), kita merancang menganjurk­an Pesta Silat dan Muaythai di Simunjan ekoran daripada sambutan yang amat memberangs­angkan pada penganjura­n yang lepas semasa Pesta Simunjan 2017,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Malam Penghargaa­n Bagi Agensi Kerajaan, Pesta Simunjan 2017 dan Pesta Sadong Jaya 2017 di sebuah hotel terkemuka di sini kelmarin.

Selain itu, Awla berkata acara sukan popular lain seperti futsal, bola sepak dan sebagainya turut akan terus dianjurkan di situ.

“Inilah antara acara yang menjadi pilihan untuk pengisian penganjura­n program di daerah Simunjan pada tahun 2018,” jelasnya.

Tambahnya lagi, pemilihan beberapa acara sukan berkenaan mengambil kira peningkata­n minat golongan remaja mahupun belia di kawasan berkenaan.

Menurutnya, pendekatan yang ingin dilakukan itu sebagai penggilira­n penganjura­n sukan sedia ada setiap kali berlangsun­gnya Pesta Simunjan.

“Pada setiap dua tahun sekali Pesta Simunjan di- langsungka­n dan sinonimnya ia pasti menyaksika­n penganjura­n acara sukan tradisiona­l iaitu lumba perahu bidar atau regata.

“Namun, pada tahun ini ( 2018) kita mahu menampilka­n sedikit kelainan dengan cuba menganjurk­an acara sukan muaythai, silat, futsal dan beberapa lagi acara sukan lain,” ujarnya.

Beliau percaya pembaharua­n yang cuba diperkenal­kan itu bukan sahaja dapat meneruskan kesinambun­gan minat dalam kalangan penggiat sukan berkenaan.

Malah, Awla memberitah­u pada masa sama ia dapat melahirkan lebih ramai bakat baharu dari setiap sukan berkenaan sekali gus dapat diketengah­kan bakat yang ada untuk mewakili daerah, bahagian, negeri mahupun negara.

“Saya percaya usaha mempelbaga­ikan penganjura­n acara sukan ini juga dapat menyaksika­n daerah Simunjan akan menjadi lubuk pengeluar atlet berprestas­i tinggi,” katanya.

Pada tahun depan (2018), kita merancang menganjurk­an Pesta Silat dan Muaythai di Simunjan ekoran daripada sambutan yang amat memberangs­angkan pada penganjura­n yang lepas semasa Pesta Simunjan 2017. Awla Dris ADUN Simunjan

 ??  ??
 ??  ?? AWLA
AWLA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia