Utusan Borneo (Sarawak)

Juliana Evans hos baharu program Mahligai Cinta mulai 4 Jan ini

-

PROGRAM gaya hidup Mahligai Cinta yang kini memasuki musim ke-13 bakal menampilka­n hos baharu iaitu Che Puan Juliana Evans mulai 4 Januari ini (Khamis).

Sejak mula bersiaran pada tahun 2011, program yang mengabadik­an kenangan pasangan pengantin ini pernah dikendalik­an oleh Dato’ Jovian Mandagie, Izreen Azmida, Raja Azureen Eleena Raja Zulkifli, Fatin Nuraisya dan juga Mira Filzah.

Juliana Evans mula mencipta nama sebagai pengacara kanak-kanak seawal usia 12 tahun, sebelum dikenali menerusi rancangan Remaja di TV3 pada tahun 2007.

Seiring usia yang semakin matang berserta pengalaman yang dimiliki, Juliana Evans kini dilihat semakin yakin dan mampu memberi sentuhan tersendiri dalam mengendali­kan program Mahligai Cinta ini.

Mahligai Cinta musim terbaharu ini bukan sahaja mengabadik­an kenangan bahagia mempelai, program ini juga mahu memberi inspirasi kepada pasangan yang bakal berkahwin dalam membuat persediaan hari bahagia mereka bergelar raja sehari.

Peminat juga dapat mengetahui lebih dekat lagi kisah suka duka percintaan selebriti pujaan mereka, dan bagaimana mereka membuat persiapan dari awal hinggalah berlangsun­gnya majlis perkahwina­n mereka.

Antara majlis perkawinan dan kisah cinta yang bakal dipaparkan bagi tahun 2018 adalah perkahwina­n pelakon Mawar Rashid, Aisya Hasnaa, Mohd Kurniawan Naim iaitu anak lelaki kepada Dato’ Sri Bung Mokhtar Radin, perkahwina­n Instafamou­s Syafiqah Aina dan ramai lagi artis dan selebriti.

Mahligai Cinta 2018 akan turut berkongsi kisah cinta artis popular tanahair seperti Dato’ Jovian Mandagie, Nana Mahzan serta pelakon kacak Fahrin Ahmad.

Ikuti program 30 minit yang diterajui oleh Anita Awang sebagai Penerbit, serta Nuraeshah Malik dan Ezzah Abdul Aziz Fawzy sebagai Penerbit Eksekutif, setiap hari Khamis, jam 11.30 pagi hanya di TV3.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia