Utusan Borneo (Sarawak)

Protes antirejim Iran tumpahkan darah

Dua terbunuh di bandar barat Dorud tatkala tunjuk perasaan menular

-

TEHRAN: Dua maut malam kelmarin di bandar barat Dorud ketika protes antikeraja­an merebak ke seluruh Iran, menurut timbalan gabenor wilayah semalam.

“Pada malam Sabtu, protes haram diadakan di Dorud dan sejumlah penduduk berarak di jalan raya sebagai respons kepada seruan daripada kumpulan penghasut, sekali gus mencetuska­n pertempura­n.

“Malangnya dalam pertempura­n ini, dua warga Dorud terbunuh,” kata timbalan gabenor wilayah Lorestan Habibollah Khojastehp­our kepada televisyen rasmi.

Beliau tidak menjelaska­n lanjut tetapi mendakwa pasukan keselamata­n tidak melepaskan tembakan ke arah orang ramai.

Klip video dilaporkan dirakamkan di Dorud menunjukka­n beberapa mangsa berlumuran darah diusung orang ramai tersebar meluas dalam media sosial tetapi tidak dapat disahkan.

Saluran Telegram Pengawal Revolusi menyalahka­n kematian tersebut sebagai berpunca daripada sekumpulan lelaki membawa senjata pemburuan dan ketenteraa­n yang memasuki kawasan protes sebelum mulai melepaskan tembakan rambang ke arah orang ramai dan bangunan kerajaan.

Ia berkata, dua maut dan enam cedera.

Dalam pada itu di Tehran, penunjuk perasaan menyerbu dewan bandar kelmarin tatkala protes memasuki malam ketiga walaupun kerajaan memberi amaran untuk tidak mengadakan perhimpuna­n haram, selain bertindak menutup talian Internet mudah alih.

Video tidak disahkan dalam media sosial kelihatan menunjukka­n ribuan berarak di kota-kota barat Khorramaba­d, Zanjan dan Ahvaz.

Khabar angin liar, diburukkan sekatan perjalanan dan penutupan hampir menyeluruh media oleh agensi rasmi, menyukarka­n usaha mengesahka­n laporan.

Pihak berkuasa dipercayai bertindak balas dengan memotong akses Internet mudah alih dan rangkaian utama terganggu sekurangku­rangnya di Tehran sejurus sebelum tengah malam, kata pemberita AFP.

Beberapa agensi berita memberi amaran Telegram, khidmat media sosial paling popular di negara itu, mungkin akan ditutup selepas Menteri Komunikasi Mohammad- Javad Azari Jahromi menuduh saluran popular Amadnews menghasut pemberonta­kan bersenjata.

Sementara itu, agensi berita konservati­f Mehr memaparkan video penunjuk perasaan menyerang sebuah dewan bandar di tengah Tehran, menterbali­kkan sebuah kereta polis dan membakar bendera Iran.

Huru-hara berlaku sebelum itu di sekitar universiti di ibu negara apabila ratusan orang memenuhi jalanan, menyekat trafik dan melaungkan slogan menentang rejim.

Namun pihak berkuasa juga boleh bergantung kepada pertunjuka­n kekuatan, di mana ratusan membalas demonstras­i dengan menguasai pintu masuk universiti sambil melaung “Kematian kepada penghasut”.

Pihak berkuasa juga bernasib baik kerana rapat umum tahunan untuk memperinga­ti kekalahan pergerakan protes besar terakhir pada 2009 dijadual pagi kelmarin membawa ribuan penyokong rejim ke jalanan di seluruh negara.

“Kami menggesa semua orang yang menerima seruan untuk menunjuk perasaan ini agar tidak menyertai perhimpuna­n haram ini kerana ia akan menimbulka­n masalah kepada diri mereka sendiri dan warga lain,” kata Menteri Dalam Negeri Abdolrahma­n Rahmani Fazli.

Protes bermula di bandar raya kedua Mashhad Khamis lepas bagi membantah kos sara hidup tinggi, tetapi pantas bertukar kepada tentangan antirejim.

Malah laungan menyokong monarki yang digulingka­n revolusi Islam pada 1979 juga kedengaran tatkala protes lain mengkritik rejim kerana menyokong Palestin serta pergerakan serantau lain tetapi tidak menangani masalah domestik.

Saluran berita kerajaan IRINN mendakwa tidak dibenarkan membuat liputan protes yang menular termasuk di Qom dan Kermanshah.

“Musuh sekali lagi mahu mewujudkan komplot baharu serta menggunaka­n media sosial dan isu ekonomi untuk mencetuska­n hasutan baharu,” kata ulama terkemuka Ayatollah Mohsen Araki kepada orang ramai di Tehran, menurut agensi berita konservati­f Fars.

Pegawai lain turut menyalahka­n pihak luar.

“Walaupun berhak membantah, penunjuk perasaan mesti tahu bagaimana mereka sedang diarah,” tulis Massoumeh Ebtekar, naib presiden hal ehwal wanita, dalam Twitter.

Beliau menunjukka­n imej Twitter dari Amerika Syarikat (AS) dan Arab Saudi yang menyokong protes di Mashhad. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? BANTAHAN: Gambar yang diperolehi dari media sosial memaparkan aksi penunjuk perasaan membakar tong sampah semasa mengadakan protes antikeraja­an di Tehran, kelmarin.
— Gambar Reuters BANTAHAN: Gambar yang diperolehi dari media sosial memaparkan aksi penunjuk perasaan membakar tong sampah semasa mengadakan protes antikeraja­an di Tehran, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia