Utusan Borneo (Sarawak)

Peniaga patuhi harga ditetapkan sepanjang Krismas

KPDNKK memeriksa 1,684 premis perniagaan di Sarawak berhubung SKHMP Hari Krismas 2017

- Oleh Borhaniza Ali Basah

SIBU: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an ( KPDNKK) melakukan pemeriksaa­n ke atas 1,684 premis perniagaan di seluruh Sarawak berhubung pematuhan harga di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) Hari Krismas 2017.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK Sarawak Abdul Hafidz Abdul Rahim berkata, sepanjang skim tersebut dilaksanak­an para peniaga didapati mematuhi arahan yang dikeluarka­n kerana tiada sebarang kes diterima semasa pemeriksaa­n dijalankan.

“Sepanjang pemeriksaa­n yang dijalankan semasa penguatkua­saan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Krismas 2017, para peniaga didapati mematuhi dan memberi kerjasama dengan mematuhi harga maksimum yang ditetapkan (untuk barangan yang diwartakan di bawah SKHMP Hari Krismas 2017),” katanya kepada pem- berita, kelmarin.

Abdul Hafidz berkata demikian apabila ditanya sama ada terdapat kes-kes peniaga yang tidak mematuhi SKHMP Hari Krismas 2017 yang dikuatkuas­akan mulai 23 hingga 27 Disember lalu.

Beliau menambah, Sibu mempunyai bilangan premis perniagaan paling banyak untuk diperiksa iaitu 497, diikuti Kuching (228), Bintulu (210), Miri (171), Kapit (160), Sarikei (144), Mukah (107), Limbang (92) dan Sri Aman (75).

Abdul Hafidz menggesa peniaga untuk sentiasa memberi kerjasama kepada KP- DNKK.

Sementara itu, 16 barangan diwartakan di bawah SKHMP Hari Krismas 2017.

Untuk rekod, atas kesalahan menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum, individu boleh didenda di mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjarak­an tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000.

Bagi syarikat yang melakukan kesalahan ini pula boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000.

Kesalahan gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi harga terkawal, individu boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM10,000 atau dikompaun sehingga RM5,000 dan syarikat boleh didenda sehingga RM20,000 atau dikompaun sehingga RM10,000.

Mengenai isu telur palsu, Abdul Hafidz berkata, KPDNKK tidak menemui manamana telur palsu yang dijual di pasaran Sarawak.

Oleh itu, beliau mendesak pengguna melaporkan kepada pihak berkuasa berdekatan sekiranya mengetahui tentang perkara tersebut.

“Setakat ini, kami tidak menemui sebarang telur palsu yang dijual di pasaran tempatan (di negeri ini).

“Sekiranya pengguna ada menemui telur palsu, mereka boleh datang ke pejabat KPDNKK supaya barangan tersebut dapat dihantar ke Jabatan Kimia atau Jabatan Pertanian untuk tujuan pengesahan.

“Dan jangan membuat keputusan sendiri dengan menularkan perkara itu kepada pengguna lain dalam media sosial,” katanya.

Sepanjang pemeriksaa­n yang dijalankan semasa penguatkua­saan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Krismas 2017, para peniaga didapati mematuhi dan memberi kerjasama dengan mematuhi harga maksimum yang ditetapkan (untuk barangan yang diwartakan di bawah SKHMP Hari Krismas 2017). Abdul Hafidz Abdul Rahim Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK Sarawak

 ??  ?? ABDUL HAFIDZ
ABDUL HAFIDZ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia