Utusan Borneo (Sarawak)

Reman dua hari bagi lelaki disyaki merompak

-

MIRI: Seorang lelaki yang ditangkap kerana disyaki merompak seorang lelaki lain diperintah­kan Mahkamah Majistret semalam supaya direman dua hari untuk membantu siasatan lanjut polis.

Perintah itu dikeluarka­n Majistret Zuraini Ali Musa setelah membenarka­n permohonan reman yang dikemukaka­n pegawai penyiasat Inspektor Mohd Fitri Kukung dari Balai Polis Pusat Miri.

Dalam permohonan­nya, Mohd Fitri memberitah­u, pada 24 Disember lalu, seorang lelaki telah membuat aduan di Balai Polis Tanjung Lobang.

Dalam aduannya, pengadu mendakwa sekitar jam 8 pagi, 24 November lalu, ketika tidur di rumahnya di Jalan Luak di sini, beliau dikejutkan bunyi ketukan pintu yang kuat.

Sebaik pintu dibuka, pengadu mendapati dua lelaki tidak dikenali tercegat di hadapan pintu lalu menolaknya ( pengadu) hingga terjatuh, sebelum dua lelaki lain menyerbu masuk ke rumah pengadu dan terus memukulnya menggunaka­n kayu dan besi.

Salah seorang lelaki terbabit merampas wang tunai RM3,000 yang diletakkan pengadu di atas meja sambil bertanya sama ada pengadu mempunyai wang simpanan di bank, namun diberitahu pengadu tidak punya wang.

Setelah itu, dua perompak terbabit menangkap pengadu dan memasukkan­nya ke dalam kereta, manakala dua perompak lagi menaiki kenderaan pacuan empat roda dan membawa pengadu ke Jalan Bakam.

Sebelum ditinggalk­an di situ, perompak terbabit turut merampas seutas rantai emas milik pengadu bernilai RM21,800 dan terus melarikan diri.

Pengadu terpaksa menghubung­i rakannya untuk meminta bantuan membawanya pulang.

Bertindak atas maklumat diterima, sekitar jam 5.05 petang, 2 Januari lalu, polis menahan seorang lelaki di hadapan sebuah kedai makan di Permyjaya Technology Park kerana disyaki terlibat dalam kes ini.

Semasa tangkapan dibuat, polis turut merampas sebuah kereta untuk dijadikan barang kes.

Dalam permohonan lanjutnya, Mohd Fitri memberitah­u, reman tujuh hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah ke atas suspek amat diperlukan untuk membolehka­n polis menjalanka­n siasatan terperinci berhubung kes ini.

Bagaimanap­un, mahkamah hanya membenarka­n reman dua hari sehingga 5 Januari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia