Utusan Borneo (Sarawak)

Inisiatif minyak motosikal percuma di Labuan akan diteruskan tahun ini

-

LABUAN: Penunggang motosikal berkuasa 150cc dan ke bawah di pulau bebas cukai ini akan terus berpeluang mengisi minyak percuma sekali sebulan pada tahun ini melalui inisiatif yang dillancark­an Pemuda UMNO Labuan.

Sehubungan itu, lebih 800 belia mengambil manfaat daripada program berkenaan, yang diadakan lebih tiga jam di stesen minyak Petronas Durian Tunjong pada malam kelmarin (Selasa).

Naib Ketua Pemuda U M N O W i l a y a h Persekutua­n yang juga Ketua Pemuda UMNO Labuan Datuk Mohd Rafi Ali Hassan berkata inisiatif itu adalah sebahagian daripada usaha pergerakan tersebut membantu meringanka­n beban kewangan golongan muda berikutan kenaikan harga barangan dan keadaan ekonomi tidak menentu kebelakang­an ini.

“Kami mengambil inisiatif ini selepas berbincang dengan Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli dan kami bersetuju untuk terus menganjurk­annya setiap bulan pada tahun ini.

“Kami menganjurk­annya kerana mengambil kira belia yang hilang pekerjaan dalam syarikat minyak dan gas serta keadaan naik turun harga minyak global,” kata Rafi, yang juga setiausaha politik Menteri Wilayah Persekutua­n kepada Bernama di sini semalam.

Seorang penunggang m o t o s i k a l y a n g memperkena­lkan dirinya sebagai Yussof Bakar, 29, memuji Pemuda UMNO Labuan kerana melancarka­n inisiatif itu dengan berkata ia merupakan platform berkesan untuk golongan belia memupuk hubungan rapat dengan pemimpin tempatan. — Bernama

 ??  ?? LOKASI: Mangsa disambar buaya ketika sedang memancing bersama rakan.
LOKASI: Mangsa disambar buaya ketika sedang memancing bersama rakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia