Utusan Borneo (Sarawak)

Tarikh sebutan kes itu di Mahkamah Tinggi belum ditetapkan

-

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini semalam memindahka­n kes dua remaja berusia 16 tahun yang didakwa membunuh 21 pelajar dan dua guru Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiya­h, September lalu ke Mahkamah Tinggi untuk dibicaraka­n.

Majistret Siti Radziah Kamarudin memutuskan demikian semasa sebutan kes itu di Mahkamah Majistret selepas membenarka­n permohonan Timbalan Pen- dakwa Raya Nordin Ismail dan Nurakmal Farhan Aziz untuk memindahka­n kes itu mengikut Seksyen 177A Kanun Acara Jenayah.

Bagaimanap­un tarikh sebutan kes itu di Mahkamah Tinggi belum ditetapkan.

Dua remaja lelaki itu didakwa bersama-sama membunuh dan menyebabka­n kematian 23 mangsa antara jam 4.15 pagi dan 6.45 pagi, pada 14 Sept 2017, di Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiya­h, Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, di sini.

Mereka yang diwakili peguam Haijan Omar dan Joanne Chua dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntu­kkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Sementara i tu, di Mahkamah Majistret KanakKanak, seorang daripada dua tertuduh itu yang didakwa memasukkan dadah jenis ganja ke dalam badan, dilepas tanpa dibebaskan daripada pertuduhan itu oleh Majistret Zilfinaz Abbas.

Remaja lelaki itu dituduh memasukkan dadah jenis ganja ke dalam badan di tandas pejabat D7, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini pada jam 11.35 pagi, 16 Sept 2017.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.15 pagi, 14 Sept 2017, sejumlah 23 penghuni maut selepas terperangk­ap di tingkat tiga asrama pusat tahfiz berkenaan yang terbakar. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia