Utusan Borneo (Sarawak)

Jabatan Warisan diminta buat kajian Berhubung penemuan kubu perlindung­an tentera British di Ipoh minggu lalu

-

IPOH: Jabatan Warisan Negara telah ditugaskan untuk membuat kajian terperinci berhubung kubu perlindung­an bawah tanah binaan tentera British pada Perang Dunia Kedua di sini termasuk kesahihan tahun ia dibina.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata kajian tersebut penting sebelum kerajaan negeri mengambil sebarang langkah bagi membangunk­annya sebagai kawasan pelanconga­n baharu.

“Sekiranya kawasan ini berpotensi untuk dijadikan lokasi pelanconga­n warisan, maka kita akan membangunk­an kawasan ini, namun ia tertakluk kepada pengesahan selanjutny­a.

Kita juga perlu mengadakan perbincang­an lanjut dengan pihak berkaitan termasuk polis dan jabatan- jabatan Persekutua­n bagi memastikan kawasan ini selamat dikunjungi,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke tapak kubu berkenaan yang terletak dalam kawasan penyelengg­araan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah Sdn Berhad ( LTSAS) di sini, semalam.

Menjelas lanjut, Zambry berkata kerajaan negeri tidak menetapkan sebarang jangka masa untuk kajian berkenaan dijalankan bagi memastikan ia dapat dilakukan dengan teliti.

Kubu perlindung­an bawah tanah yang ditemui minggu lalu itu dipercayai kubu pertama seumpamany­a dalam negara dan digunakan tentera British semasa Jepun mengebom Ipoh pada 15 Dis 1941.

Berdasarka­n penyelidik­an awal oleh penyelidik dari Malaya Historical Group, kubu berkeluasa­n 2.8 meter dan 2.8 meter persegi (30 kaki x 30 kaki) boleh memuatkan sehingga 40 orang dalam satusatu masa untuk memberi perlindung­an kepada tentera British daripada serangan udara musuh. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia