Utusan Borneo (Sarawak)

Tidak berhenti di lintasan zebra boleh mengakibat­kan kemalangan, kata Bruce

-

MIRI: Ramai pemandu di sini tidak mempedulik­an lintasan zebra tanpa berhenti memberi laluan kepada pejalan kaki.

Pengerusi Parti Rakyat Bersatu (UPP) Pujut Bruce Chai berkata sikap melanggar peraturan jalan raya itu perlu diubah bagi mengelak insiden tidak diingini berlaku kerana kecuaian.

Menurut Bruce, Miri sekarang berdepan dilema pemandu masih belum memahami sepenuhnya kegunaan lintasan zebra.

“Mereka mesti berhenti. Mengikut peraturan jalan raya mereka harus berhenti di lintasan zebra,” katanya.

Antara sikap buruk pemandu ialah meletak kereta di lintasan zebra untuk menunggu dan kebanyakan aduan diterima di Lapangan Ter- bang Miri (LTM).

Menurut Bruce, sikap mementingk­an diri itu menyusahka­n pengguna kerana menghalang mereka menolak troli melintas jalan untuk memunggah barangan atau beg mereka.

Antara laluan kerap pemandu memandu laju di lintasan zebra ialah di hadapan Bank Simpanan Nasional (BSN) Waterfront dan banyak laluan di Marina ParkCity di sini.

Bimbang sikap buruk itu menjadi serius, UPP semalam melancarka­n program kesedaran lintasan zebra bermula di Pasar Besar Krokop di sini.

Bruce berkata, ketika sesi bertemu penduduk bersama sukarelawa­n Pasukan Tindakan Bergerak (MAT) ramai meminta agar lintasan zebra dibuat di hadapan pasar itu.

“Ketika sesi MAT di sini dua bulan lalu, kita menerima cadangan membuat lintasan zebra di laluan masuk depan tempat menunggu bas.

“Ini kerana apabila mereka hendak melintas jalan, kereta tidak mahu berhenti. Dengan adanya lintasan zebra ini dapat mengawal pergerakan kenderaan,” jelasnya.

Beliau berterima kasih kepada Majlis Bandaraya Miri (MBM) atas tindakan pantas membuat lintasan zebra di Pasar Krokop.

UPP turut mencadangk­an agar MBM meletak papan tanda lintasan zebra di Pasar Krokop sebagai peringatan kepada pemandu.

“Kita juga berharap papan tanda lintasan zebra diletak di laluan lain,” jelasnya.

 ??  ?? BERI LALUAN: Bruce (dua kiri) bersama ahli MAT UPP Pujut melancarka­n program kesedaran lintasan zebra di Pasar Besar Krokop, Miri semalam.
BERI LALUAN: Bruce (dua kiri) bersama ahli MAT UPP Pujut melancarka­n program kesedaran lintasan zebra di Pasar Besar Krokop, Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia