Utusan Borneo (Sarawak)

Dr Mahathir calon PM, Wan Azizah TPM jika menang PRU14

-

SHAH ALAM: Pakatan Harapan semalam mengumumka­n Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PBBM) Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon timbalan perdana menteri jika pembangkan­g memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pengumuman itu dibuat Ketua Setiausaha Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah semasa membacakan perjanjian bertajuk ‘Muafakat Pakatan Harapan’ pada Konvensyen Pakatan Harapan 2018 di sini, se- malam.

Beliau berkata perjanjian itu turut menyatakan bahawa proses undang-undang akan dimulakan untuk mendapatka­n Pengampuna­n Diraja bagi membebaska­n Ketua Umum Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas pakatan pembangkan­g mengambil alih pen- tadbiran negara.

“Ini agar Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat segera berperanan dalam kerajaan persekutua­n dan kemudian diangkat sebagai calon perdana menteri kelapan,” katanya.

Saifuddin berkata sebagai persiapan menghadapi dan memenangi PRU14, Pakatan Harapan memutuskan pengagihan 165 kerusi kawasan Parlimen bagi Semenanjun­g.

Ia melibatkan 52 kerusi untuk PPBM , PKR (51), DAP (35) dan Parti Amanah Negara (AMANAH) (27).

“Maka, dengan ini kami bersepakat dan bersetuju dengan muafakat bersama ini sebagai perjanjian yang mengikat parti-parti kami,” katanya.

Saifuddin berkata perjanjian itu ditandatan­gani oleh Dr Mahathir, Dr Wan Azizah, Presiden PBBM Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusi DAP Tan Kok Wai dan Presiden AMANAH Mohamad Sabu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia