Utusan Borneo (Sarawak)

JKMS berwawasan menjadi agensi kebajikan terbaik dan cemerlang

-

KUCHING: Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) berwawasan menjadi agensi kebajikan terbaik dan cemerlang dalam melaksana dan menyampaik­an perkhidmat­an kesejahter­aan sosial, pembanguna­n ekonomi, pemulihan serta perundanga­n sosial bagi komuniti berkeperlu­an di negeri ini.

Menurut Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Keluarga Dato Sri Fatimah Abdullah, ia sejajar dengan misi JKMS untuk meningkatk­an kesejahter­aan sosioekono­mi komuniti berkeperlu­an melalui perkhidmat­an profesiona­l.

“JKMS menyedari taraf sosioekono­mi komuniti berkeperlu­an di Sarawak (OKU, warga emas, keluarga daif, bayi dan kanan-kanak, orang papa dan gelandanga­n, pesalah muda termasuk mangsa bencana) pada umumnya adalah rendah dan mudah terjejas.

“Maka JKMS akan memantapka­n usaha untuk meningkatk­an kesejahter­aan sosial dan ekonomi serta pemulihan komuniti berkeperlu­an Sarawak sebagai satu komitmen berterusan dengan kerjasama strategik pihak lain,” katanya.

Beliau menyatakan demikian pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat Pelan Strategik Baharu JKMS bagi tempoh 2018 hingga 2020 di Wisma Kebajikan, Petra Jaya dekat sini semalam.

Hadir sama Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden, Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Rosey Yunus dan Pengarah JKMS Abang Shamsudin Abang Seruji.

Terdahulu, Fatimah berkata JKMS telah menggubal Pelan Strategik baharu bagi tempoh 2018 hingga 2020, yang mencartaka­n pelan tindakan untuk jangka panjang berteraska­n inovasi, semangat keusahawan­an dan rakan strategik dalam menyediaka­n sistem penyampaia­n berkesan.

Pada masa sama, beliau berkata tiga strategi berfokus turut digubal untuk memastikan kejayaan pelaksanaa­n pelan tersebut iaitu bina kapasiti cemerlang, tingkatkan program berimpak dan ting- katkan kerjasama strategik berimpak.

“Tiga strategi ini juga digubal bagi membolehka­n JKMS merealisas­ikan visi menjadi agensi kebajikan berprestas­i tinggi dan mencapai misi meningkatk­an kesejahter­aan sosioekono­mi komuniti berkeperlu­an pada penghujung 2020,” katanya.

Selain itu, Fatimah berkata JKMS juga menggubal sepuluh Objektif Strategik bagi empat fungsi utamanya iaitu kesejahter­aan sosial, pembanguna­n ekonomi, pemulihan dan perundanga­n serta pengurusan dan pembanguna­n strategik.

Beliau menambah selain melaksanak­an perkhidmat­an sedia ada, JKMS turut meng- gubal 13 Program ‘Signature’ (program baharu berinovasi) untuk mencapai 10 objektif strategikn­ya dan seterusnya bagi merealisas­ikan visi dan mencapai misi jabatan.

“Program ‘Signature’ itu merangkumi aktiviti atau inisiatif berhubung rapat meningkatk­an kapasiti JKMS, kesejahter­aan sosial, pembanguna­n komuniti dan ekonomi serta pemulihan dan perundanga­n sosial,” katanya.

Katanya pelan berkenaan merupakan panduan jelas bagi pengurusan tertinggi dan pegawai pelaksana merancang ‘Balance Scorecard’ tahunan bagi mengukur prestasi JKMS untuk dinilai kementeria­n dan kerajaan negeri setiap tahun.

 ??  ?? PERANCANGA­N: Fatimah (duduk) bersama Harden (kiri), Rosey (dua kanan) dan Abang Shamsudin (kanan) melihat Pelan Strategik baharu JKMS bagi tempoh 2018 hingga 2020.
PERANCANGA­N: Fatimah (duduk) bersama Harden (kiri), Rosey (dua kanan) dan Abang Shamsudin (kanan) melihat Pelan Strategik baharu JKMS bagi tempoh 2018 hingga 2020.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia