Utusan Borneo (Sarawak)

Masyarakat bandar digalak terbabit program komuniti

-

KUCHING: Ahli Dewan Negara Senator Dr Zaiedi Suhaili menggalakk­an pembabitan aktif masyarakat terutama di bandar dalam program komuniti di kawasan kejiranan masing-masing.

Berucap pada penutupan Program Belia dan Komuniti Bersama Pemimpin di Surau Al-Ansar, Taman Yen Yen di sini malam kelmarin, Dr Zaiedi berkata pembabitan masyarakat dalam program komuniti adalah penting untuk merapatkan lagi hubungan antara mereka.

“Masyarakat yang tinggal di bandar terutama di kawasan perumahan seperti di Taman Yen Yen ini terdiri daripada pelbagai latar belakang.

“Perbezaan ini menuntut perpaduan yang tinggi antara penduduk bagi memastikan penduduk dapat hidup dalam suasana harmoni.

“Sebab itu, penting untuk masyarakat terlibat dalam program-program belia dan komuniti bagi membolehka­n kita mengenali antara satu sama lain dan menyemai semangat perpaduan antara kita,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman yang turut hadir pada program itu menekankan permasalah­an dadah yang semakin membimbang­kan dalam kalangan masyarakat.

Lebih membimbang­kan, permasalah­an ini turut melibatkan kanak-kanak di peringkat sekolah rendah berdasarka­n laporan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Sehubungan itu, beliau meminta kerjasama daripada masyarakat supaya turut sama mengekang permasalah­an ini di kawasan kejiranan masingmasi­ng.

Dalam pada itu, program tersebut merupakan anjuran bersama Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ranting Taman Yen-Yen, Taman Lee Ling, Taman Sri Perkasa dan Taman Sri Matang.

Program berkenaan turut mendapat kerjasama Surau Al-Ansar Taman Yen-Yen, Kelab Rekreasi Taman YenYen, KRT Taman Lee Ling/ Taman Yen- Yen dan Sri Matang serta Polis Komuniti Teman.

Antara pengisian program termasuk aktiviti futsal, sukan rakyat, pemeriksaa­n kesihatan, pameran AADK, ujian muazzin dan cabutan bertuah.

 ??  ?? TAHNIAH: Dr Zaiedi (dua kanan) dan Fazzrudin (tengah) menyampaik­an hadiah kepada pemenang bagi aktiviti yang diadakan sempena Program Belia dan Komuniti Bersama Pemimpin.
TAHNIAH: Dr Zaiedi (dua kanan) dan Fazzrudin (tengah) menyampaik­an hadiah kepada pemenang bagi aktiviti yang diadakan sempena Program Belia dan Komuniti Bersama Pemimpin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia