Utusan Borneo (Sarawak)

Kanak-kanak jatuh tingkat empat dijangka keluar hospital

-

KUANTAN: Kanak-kanak lelaki berusia setahun lima bulan yang terjatuh dari beranda rumahnya di tingkat empat pada Sabtu lalu, dijangka dibenarkan keluar hospital semalam atau hari ini.

Pengarah Kesihatan Pahang Dr Sha’ari Ngadiman berkata, pemeriksaa­n menyeluruh ke atas kanak-kanak itu di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, juga mengesahka­nnya tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

“Keadaannya stabil dan dia juga boleh duduk dan makan seperti biasa.

Kecederaan di kepala yang dilaporkan berlaku sebelum ini juga semakin baik,” katanya semasa dihubungi di sini, semalam.

Kelmarin, media melaporkan kanak-kanak itu dipercayai terjatuh dari tingkat empat rumahnya di Kompleks Desa Tentera Darat, Sungai Panching di sini pada jam 5.15 petang Sabtu.

Dia dipercayai dapat membuka pintu gelongsor untuk ke beranda rumah itu tanpa disedari ibunya manakala bapanya yang merupakan anggota tentera berpangkat sarjan berada di bawah kerana mencuci kereta.

Kejadian dikatakan berlaku berhampira­n tempat bapanya berada yang kemudianny­a menghantar mangsa ke HTAA.

Sementara itu, dalam perkembang­an lain, Dr Sha’ari memberitah­u sebanyak 120 premis makanan diarah tutup kerana masalah tahap kebersihan pada tahun lalu, berbanding 162 kedai pada 2016.

Secara keseluruha­n, jabatan itu memeriksa 12,782 premis makanan di seluruh Pahang, yang dijalankan dua kali sebulan dengan kerjasama agensi lain yang berkaitan, tambahnya.

“Penguranga­n jumlah premis yang ditutup menunjukka­n peningkata­n kesedaran dalam kalangan pengusaha berhubung kepentinga­n menjaga kebersihan dan keselamata­n kualiti makanan di premis mereka,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia