Utusan Borneo (Sarawak)

Dua migran maut, 290 lagi diselamatk­an

-

TRIPOLI: Dua wanita ditemui mati dan 290 lagi pendatang diselamatk­an dari dua bot di luar pantai Libya kelmarin, menurut pasukan tentera laut.

Pendatang diselamatk­an di luar pantai Garabulli, 50 kilometer di timur Tripoli, sebelum dibawa ke ibu negara, kata pegawai tentera laut Meftah al-Zlitni.

Mangsa meninggalk­an Libya pada petang Sabtu dengan bot buatan sendiri bersama 140 pendatang dari beberapa negara Afrika, namun motor mereka mengalami kerosakan beberapa jam kemudian.

“Kami berjaga sejak jam enam pagi sehingga pihak tentera laut sampai,” menurut Baba Koni, rakyat Mali yang turut menaiki bot tersebut.

Beliau menyatakan motor dimasuki air dan mengalami kerosakan.

Zlitni menyatakan 150 pendatang yang berada di dalam bot kedua nyaris tenggelam ketika pihak peronda pantai tiba.

Sejak kejatuhan dan pembunuhan pemimpin diktator lama Muammar Ghaddafi pada 2011, Libya menjadi tempat pelancaran utama pendatang yang terdesak untuk pergi ke Eropah, selalunya dengan bot yang tidak layak digunakan di laut.

Pada tahun lepas, 3,116 mati ketika cuba menyeberan­g laut, menurut Organisasi Antarabang­sa bagi Migrasi.

Keadaan berterusan hingga tahun baharu, dengan sekurang-kurangnya 25 lemas pada Sabtu lepas di luar pantai Libya dalam kejadian bot karam yang membawa 150 pendatang, menurut kumpulan penyelamat.

Bagaimanap­un terdapat penurunan mendadak kehadiran di Itali sepanjang separuh tahun kedua pada 2017 selepas beberapa usaha oleh Rom bagi menghalang pendatang daripada cuba melakukan penyeberan­gan.

Kira-kira 119,000 menempuh perjalanan berbahaya, penurunan sebanyak satu pertiga daripada tahun sebelumnya, menurut kementeria­n dalam negeri Itali.

Enam hari pertama tahun 2018 menyaksika­n 400 migran diselamatk­an dan dibawa ke Itali, berbanding 729 dalam tempoh sama pada 2017, menurutnya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia