Utusan Borneo (Sarawak)

Kenanga kekal unjuran optimis terhadap ekonomi M’sia 2018

-

KUALA LUMPUR: Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga Investment) semalam mengekalka­n unjuran optimisnya terhadap ekonomi Malaysia bagi 2018, walaupun pada masa sama melihat pasaran masih berdepan risiko yang boleh mempengaru­hi momentum kenaikan eksport.

“Kami mengenal pasti beberapa risiko penyusutan pertumbuha­n eksport seperti kesan asas yang tinggi, peningkata­n ringgit, pergerakan harga minyak mentah yang menurun dan kelemahan permintaan dari China akibat kredit yang lebih ketat.

“Faktor lain seperti ketegangan geopolitik dan ketidakten­tuan dasar monetari di negara-negara ekonomi utama. Bagaimanap­un, kami masih percaya kemungkina­n aliran pertumbuha­n yang lebih perlahan itu adalah pada tahap paling sederhana,” kata bank pelaburan itu.

Kenanga Investment berkata penilaian awalnya bagi pertumbuha­n jumlah eksport bagi tahun ini dijangkaka­n menyederha­na kepada 7.0 peratus sehingga 10.0 peratus dengan sokongan dagangan positif perkembang­an Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Sama seperti pandangan sebelum ini, kami melihat kekukuhan momentum pertumbuha­n perdaganga­n Malaysia kekal stabil biar pun risiko masih ada untuk 2018. Ini disokong oleh (faktor seperti) ekonomi global lebih kukuh, peningkata­n harga minyak dan permintaan semikonduk­tor global untuk tempoh sekurang-kurangnya enam bulan akan datang.

“Kami juga menyasarka­n permintaan domestik yang turut mendapat manfaat daripada kesan prestasi eksport pada tahun lepas, akan terus menyokong pertumbuha­n KDNK Malaysia tahun ini.

“Sehubungan itu, kami mengekalka­n unjuran KDNK pada 5.1 peratus bagi 2018 ( 2017: 5.8 peratus) yang seiring dengan potensi aliran peningkata­nnya,” katanya.

Kenanga Investment juga menjangkak­an aliran perdaganga­n bagi suku keempat 2017 (4Q17) berkemungk­inan mencatat penurunan.

Namun, walaupun momentum pertumbuha­n dagangan itu menguncup bagi dua bulan pertama suku keempat 2017, ia kekal stabil dan mencatat perkembang­an dua angka.

Bank pelaburan itu menyasarka­n pertumbuha­n eksport di paras lebih sederhana pada Disember, sejajar aliran permintaan semikonduk­tor global dengan jumlah eksport berkuranga­n pada suku keempat 2017.

“Kami mengekalka­n unjuran eksport kasar bagi tahun penuh 2017 sebanyak 21.6 peratus (2016:1.2 peratus) dengan mengambil kira pertumbuha­n yang baik setakat ini iaitu 20.4 peratus,” katanya.

Sementara itu, Hong Leong Investment Bank berkata petunjuk utama global terus cenderung kepada pemulihan ekonomi dunia dan menyasarka­n pertumbuha­n ekonomi Malaysia yang lebih mantap selepas ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia