Utusan Borneo (Sarawak)

AMALAN BEKERJASAM­A FAKTOR KEJAYAAN PELAKSANAA­N AKTIVITI

-

AMALAN bekerjasam­a atau bergabung tenaga mampu memastikan kejayaan pelaksanaa­n sesuatu aktiviti di pelbagai peringkat.

Bagi pihak Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Jalan Bajai dan Kampung Hilir serta KRT Kampung Sungai Ud dan Kampung Tengah, Dalat, amalan ini amat dialu-alukan kerana terbukti menjayakan banyak aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun lepas.

Menurut Zaidi Lai Pengerusi KRT Jalan Bajai dan Kampung Hilir merangkap pengerusi jawatankua­sa pengelola Majlis Rumah Terbuka Krismas dan Sambutan Ambang 2018, gabungan kerjasama antara KRT dan masyarakat setempat bukan sahaja memastikan kejayaan sesuatu aktiviti, malah ia mampu menguatkan semangat setiap individu yang terlibat walaupun berdepan dengan pelbagai kekangan.

Salah satu aktiviti yang berjaya dilaksanak­an dengan kerjasama pelbagai pihak tahun lepas ialah Majlis Rumah Terbuka Krismas dan Sambutan Ambang 2018.

Sehubungan itu, Zaidi merakamkan ucapan penghargaa­n dan terima kasih kepada seluruh ahli jawatankua­sa kerja yang telah bekerja keras dan bersungguh-sungguh dengan penuh komitmen menjayakan majlis gabungan ini.

Selain dua KRT berkenaan, majlis turut dijayakan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Sungai Ud dan diadakan di balai raya kampung berkenaan.

Pelbagai acara menghiasi majlis yang dihadiri lebih 200 tetamu ini seperti cabutan nombor bertuah dengan hadiah berupa makanan dan barangan keperluan harian, selain persembaha­n nyanyian, tarian pocopoco dan tamborin daripada Gereja SIB.

 ??  ??
 ??  ?? CERIA: Ahli- ahli jawatankua­sa pengelola majlis bersedia melakukan gimik sambutan Ambang 2018. AMANAT: Pengerusi KRT Kampung Sungai Ud dan Kampung Tengah iaitu Ketua Kaum Han Bekri menyampaik­an ucapan beliau.
CERIA: Ahli- ahli jawatankua­sa pengelola majlis bersedia melakukan gimik sambutan Ambang 2018. AMANAT: Pengerusi KRT Kampung Sungai Ud dan Kampung Tengah iaitu Ketua Kaum Han Bekri menyampaik­an ucapan beliau.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? GEMBLENG TENAGA: Ahli-ahli jawatankua­sa pengelola majlis sibuk membuat persiapan sebelum majlis ber-
GEMBLENG TENAGA: Ahli-ahli jawatankua­sa pengelola majlis sibuk membuat persiapan sebelum majlis ber-
 ??  ?? HASIL KERJASAMA: Zaidi mengucapka­n terima kasih dan penghargaa­n atas kerjasama semua pihak.
HASIL KERJASAMA: Zaidi mengucapka­n terima kasih dan penghargaa­n atas kerjasama semua pihak.
 ??  ?? TERBAIK: Winnie Philip juruacara bertanggun­gjawab memastikan kelancaran majlis.
TERBAIK: Winnie Philip juruacara bertanggun­gjawab memastikan kelancaran majlis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia