Utusan Borneo (Sarawak)

AMUK, LIBAS SAMURAI

Lelaki ditangkap mengamuk di rumah jiran, polis giat buru rakan subahat.

- Oleh Jeremy Lanson

KUCHING: Dua hari berturuttu­rut mengamuk di rumah jiran bersenjata­kan samurai menyebabka­n seorang lelaki ditangkap ekoran laporan polis yang dibuat terhadapny­a.

Suspek berusia 25 tahun berasal dari Kampung Tabuan Foochow di sini dikatakan pergi ke rumah jirannya itu pada Rabu lepas sekitar jam 7.45 pagi dan bertindak menghayun samurai ke arah pemilik rumah.

“Suspek melibas samurai sebanyak tiga kali ke arah pemilik rumah dan pada hari berikutnya, suspek yang masih tidak berpuas hati dikatakan datang semula bersama tiga rakan subahatnya.

“Ketika itu, suspek bersama rakan subahatnya dikatakan bertindak merosakkan harta benda di rumah tersebut sebelum beredar dari tempat kejadian,” kata sumber.

Ketua Polis Daerah ACP Abang Ahmad Abang Julai semasa dihubungi mengesahka­n kejadian tersebut dan memberitah­u suspek berjaya ditangkap di rumahnya sekitar jam 9 pagi kelmarin.

“Turut dirampas daripada suspek adalah sebilah pedang panjang yang digunakann­ya semasa kejadian tersebut,” jelasnya.

Menurutnya, suspek juga didapati positif dadah jenis Methamphet­amine selepas melalui ujian air kencing.

“Suspek akan direman untuk membantu siasatan dan usaha menjejaki tiga lagi rakan subahatnya juga giat dijalankan,” katanya.

Siasatan lanjut pihak polis masih dijalankan di bawah Seksyen 506/427 Kanun Keseksaan.

 ??  ?? TUMPAS: Suspek ditangkap di rumahnya kelmarin. Turut dirampas parang panjang yang digunakann­ya dalam insiden tersebut.
TUMPAS: Suspek ditangkap di rumahnya kelmarin. Turut dirampas parang panjang yang digunakann­ya dalam insiden tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia