Utusan Borneo (Sarawak)

LELAKI MENYAMAR POLIS DISYAKI LIWAT REMAJA DICEKUP

-

KUCHING: Polis berjaya menahan seorang lelaki yang menyamar sebagai anggota polis sebelum disyaki meliwat seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dalam satu insiden sekitar minggu lepas. Ketua Polis Daerah ACP Abang Ahmad Abang Julai berkata suspek berusia 33 tahun itu semasa kejadian dikatakan bersama seorang lagi rakan subahatnya telah memperdaya­kan remaja terbabit yang ditemuinya berhampira­n sebuah sekolah di Demak, dekat sini.

Menurutnya, suspek kemudian disyaki meliwat mangsa sebelum melepaskan­nya.

“Mangsa kemudian mengadu kepada keluargany­a dan terus dibawa untuk melaporkan mengenai kejadian tersebut kepada pihak polis.

“Bertindak daripada maklumat yang diperolehi, kita berjaya menahan suspek (utama) berusia 33 tahun dan berasal dari Samariang,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Beliau turut mengesahka­n suspek positif dadah dan merupakan orang yang dikhendaki polis untuk membantu siasatan polis berhubung kes dadah.

“Suspek ditahan pada 7 Januari dan siasatan lanjut masih dijalankan. Siasatan awal mendapati suspek adalah orang yang dikhendaki berkaitan kes dadah,” katanya.

Menurutnya, usaha untuk menjejaki seorang lagi suspek disyaki rakan subahat suspek giat dijalankan.

Bercakap mengenai kes penyamaran sebagai anggota polis, Abang Ahmad menegaskan bahawa orang awam berhak meminta kad kuasa daripada pihak yang mengaku sebagai anggota polis.

“Kalau anggota polis sebenar, sememangny­a sudah menjadi kemestian untuk memperkena­lkan diri sebagai anggota polis sambil menunjukka­n kad kuasa dan anda juga boleh meminta untuk melihat sendiri kad tersebut untuk pengesahan,” katanya.

 ??  ?? ABANG AHMAD
ABANG AHMAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia