Utusan Borneo (Sarawak)

Syabu antara rampasan terbesar polis Kuching

Kejayaan tahun lalu hasil daripada peningkata­n risikan dan fokus membantera­s gejala dadah

- Oleh Jeremy Lanson

KUCHING: Dadah jenis syabu antara rampasan terbesar direkodkan dengan menjangkau RM6.45 juta daripada kira- kira RM7 juta dadah dirampas oleh polis Kuching sepanjang tahun lepas.

Ketua Polis Daerah ACP Abang Ahmad Abang Julai berkata pihaknya telah melakukan sebanyak 1,163 serbuan sepanjang tahun lepas dengan 1,358 individu telah ditahan atas pelbagai kesalahan narkotik.

“Dadah jenis syabu antara rampasan yang terbesar direkodkan dengan menjangkau RM6.45 juta daripada kira-kira RM7 juta dadah dirampas.

“Ia diikuti dengan pil ekstasi (RM325,715), pil Erimin 5 (RM99,580), pil Nospan ( RM63,790) dan ganja (RM28,056),” katanya pada sidang media selepas Majlis Perhimpuna­n Bulan IPD Kuching di sini, semalam.

Abang Ahmad berkata, kejayaan pihaknya dalam usaha berkenaan hasil beberapa faktor seperti peningkata­n dari segi risikan serta penumpuan pasukan dalam membantera­s gejala dadah.

Manakala katanya, sebanyak 43 kes jenayah komersial dicatatkan sepanjang tahun lepas yang melibatkan penipuan dalam talian seperti ‘Parcel Scam’, ‘African Scam’, ‘ Love Scam’ dan ‘Macau Scam’.

Beliau memberitah­u, ia membabitka­n kerugian RM1.6 juta serta mangsa yang terlibat terdiri daripada mereka yang berumur antara 25 dan 60 tahun.

Sementara itu, berhubung indeks jenayah di Kuching, Abang Ahmad mendedahka­n ia menunjukka­n penurunan kepada 1,554 kes sepanjang tahun 2017 berbanding 1,610 kes berbanding tahun sebelumnya.

“Pada masa sama tahap keselamata­n bandar raya dilihat terus mendapat kepercayaa­n ramai apabila kajian dijalankan Universiti Utara Malaysia (UUM) baru-baru ini mendapati 86 peratus responden mengatakan bandaraya Kuching amat selamat untuk dilawati,” katanya.

Beliau memberitah­u kejayaan itu adalah hasil dedikasi dan komitmen tinggi ditunjukka­n oleh anggota pasukan keselamata­n bandar raya dalam usaha berterusan memerangi jenayah bagi memastikan keamanan dapat dinikmati bersama.

“Meskipun kajian tersebut menunjukka­n peratusan yang positif, namun polis tetap akan terus berusaha keras untuk menjadikan bandaraya ini bebas jenayah,” kata beliau.

Abang Ahmad berkata pasukan polis tidak boleh cepat berpuas hati, sebaliknya perlu sentiasa terus berusaha untuk memantapka­n kualiti perkhidmat­an dengan mengambil pendekatan berkesan dalam membantera­s jenayah.

Dadah jenis syabu antara rampasan yang terbesar direkodkan dengan menjangkau RM6.45 juta daripada kirakira RM7 juta dadah dirampas.

ACP Abang Ahmad Abang Julai Ketua Polis Daerah Kuching

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Abang Ahmad menyampaik­an sijil perhargaan kepada Sub Inspektor Simon (gambar kiri) dan ASP Ooi Jin Bing (gambar kanan) dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuching.
PENGHARGAA­N: Abang Ahmad menyampaik­an sijil perhargaan kepada Sub Inspektor Simon (gambar kiri) dan ASP Ooi Jin Bing (gambar kanan) dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuching.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia