Utusan Borneo (Sarawak)

Kementeria­n usaha bawa masuk 30,000 buruh Kemboja

Ia bagi mengatasi masalah kekurangan buruh yang kritikal dalam industri perladanga­n kelapa sawit di Sarawak, kata Riot

- Oleh Nick Fletcher

SERIAN: Kementeria­n Sumber Manusia sedang berusaha untuk membawa masuk sekurang-kurangnya 30,000 pekerja asing dari Kemboja untuk mengatasi masalah kekurangan buruh yang kritikal dalam industri perladanga­n kelapa sawit di Sarawak.

Justeru Menterinya Dato Sri Richard Riot Jaem berkata, beliau akan pergi ke Kemboja untuk kali ketiga pertengaha­n bulan ini bagi membincang­kan mengenai perkara itu ekoran keperluan mendesak buruh dari negara itu terutamany­a bagi kerja memetik tandan segar kelapa sawit.

“Antara negara yang kita tumpu untuk mendapatka­n pekerja asing adalah Kemboja, di mana kita memerlukan sekurang-kurangnya 30,000 buruh dari negara berkenaan hanya untuk melakukan kerjakerja penuaian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Bicara Ilmu, Lestari Modal Insan Koperasi bertemakan ‘Peluang dan Cabaran Tanaman Kelapa Sawit’ di Dewan Masyarakat Serian di sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Akademik Maktab Koperasi Malaysia Ramlan Kamsin dan Pengarah Maktab Koperasi Malaysia Zon Sarawak Siti Maimunah Jerni.

Menurut Riot yang juga Ahli Parlimen Serian, pengambila­n pekerja asing dari Kemboja untuk mengisi keperluan buruh di ladang kelapa sawit di Sarawak perlu kerana jumlah pekerja dalam sektor tersebut, sebelum ini kebanyakan­nya dari Indonesia, sudah berkuranga­n dan tidak mencukupi.

Jelas beliau, pembukaan ladang kelapa sawit yang meluas di Indonesia menarik rakyatnya yang bekerja di Sarawak untuk pulang bekerja di negara asal mereka atas faktor upah yang setaraf, malah ada yang lebih tinggi daripada yang ditawarkan di Malaysia.

Sehubungan itu katanya, kekurangan pekerja asing terutama bagi memetik tandan segar kelapa sawit menyebabka­n kerajaan negeri sejak beberapa tahun lalu mengalami kerugian hasil mencecah RM2 bilion setahun.

Riot berkata, pada masa ini, jumlah pekerja asing dalam industri perladanga­n kelapa sawit di Sarawak hanya tinggal 163,000 orang, sebilangan besarnya warganegar­a Indonesia.

“Sarawak memerlukan sekurang-kurangnya 200,000 pekerja asing khusus untuk memetik tandan segar kelapa sawit dan kalau jumlah ini tidak dapat dicapai, hasil RM2 bilion yang sepatutnya dikutip daripada buah sawit akan hilang begitu sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, Riot turut menegaskan pembanguna­n Malaysia amat bergantung kepada buruh asing terutama dalam sektor pembinaan, selain perladanga­n.

“Kalau mereka (pekerja asing) tidak ada, banyak pembanguna­n termasuk infrastruk­tur di Malaysia akan terbengkal­ai dan ini jelas apabila semua projek mega di Semenanjun­g Malaysia boleh dikatakan 80 hingga 90 peratus menggunaka­n buruh asing,” katanya.

Beliau menambah, jumlah pekerja asing paling ramai di Malaysia adalah dari Indonesia, diikuti Nepal dan Bangladesh.

Antara negara yang kita tumpu untuk mendapatka­n pekerja asing adalah Kemboja, di mana kita memerlukan sekurang-kurangnya 30,000 buruh dari negara berkenaan hanya untuk melakukan kerja-kerja penuaian.

Dato Sri Richard Riot Jaem Menteri Sumber Manusia

 ??  ?? TANGANI KEKURANGAN: Riot (depan, empat kanan) bersama Ramlan (depan, tiga kanan), Siti (depan, dua kanan) dan tetamu kehormat lain bersama para peserta di Dewan Masyarakat Serian semalam.
TANGANI KEKURANGAN: Riot (depan, empat kanan) bersama Ramlan (depan, tiga kanan), Siti (depan, dua kanan) dan tetamu kehormat lain bersama para peserta di Dewan Masyarakat Serian semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia