Utusan Borneo (Sarawak)

Teksi konvension­al digalak serap ‘e-hailing’ tambah pendapatan

-

KUCHING: Kerajaan meneliti dari pelbagai sudut termasuk fakta daripada kaji selidik dalam membuka peluang perkhidmat­an ‘e-hailing’ beroperasi dalam industri teksi, justeru perkhidmat­an teksi konversion­al perlu melihatnya sebagai salah satu platform untuk menambahka­n pendapatan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berkata, sebagai kerajaan bertanggun­gjawab, mereka tidak akan membuat sesuatu dasar dengan sewenang-wenangnya tetapi perlu berdasarka­n fakta dan penelitian yang mendalam merangkumi keseluruha­n industri itu sendiri.

“Sebagai contoh, selain daripada konsultasi berterusan dengan pemain dalam industri teksi termasuk pemandu, syarikat teksi dan pengguna sendiri, Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD) menjalanka­n makmal khusus bagi meneliti isu-isu yang sering dibangkitk­an dalam industri ini.

“Ini termasuk isu berhubung kebajikan pemandu, pendapatan mereka yang berkuranga­n serta persepsi masyarakat terhadap kualiti perkhidmat­an teksi tempatan,” katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

Beliau memberitah­u, perkara tersebut pernah ditekannya semasa persidanga­n Dewan Rakyat sebelum ini.

Pada Isnin lepas, pemandu teksi di sekitara Kuching menghantar petisyen kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg semasa mengadakan perhimpuna­n aman bagi membantah operasi Uber dan Grab di Sarawak di pekarangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini.

Mengulas lanjut Nancy yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong berkata, melalui fakta daripada kaji selidik, penelitian dan makmal dijalankan, lebih 50 peratus pengguna teksi di Malaysia menggunaka­n aplikasi telefon bimbit untuk mendapatka­n teksi.

“Manakala hanya 14 peratus daripada pemandu teksi cenderung untuk menggunaka­n aplikasi telefon untuk mendapatka­n penumpang.

“Ini jelas menunjukka­n terdapat jurang yang besar antara permintaan dan tawaran melalui penggunaan aplikasi mudah alih ini.

“Adalah satu kerugian di pihak pemandu sekiranya mereka kehilangan pelanggan semata- mata kerana cara penawaran perkhidmat­an pemandu teksi ‘tidak berhubung’ dengan cara permintaan penumpang,” katanya.

Beliau menjelaska­n, tanpa penggunaan teknologi, pemandu terpaksa menggunaka­n cara konvension­al di mana mereka sentiasa bergerak untuk mendapatka­n penumpang, sekali gus menyebabka­n kos operasi mereka meningkat.

Tambahnya, statistik menunjukka­n perjalanan berbayar pemandu teksi di negara ini berada di sekitar 45 peratus sahaja berbanding dengan Singapura sekitar 90 peratus.

Selain itu, dapatan kajian yang dilaksanak­an pada awal 2016 menunjukka­n bahawa pemandu teksi yang menggunaka­n aplikasi telefon bimbit boleh menjana tambahan lebih 30 peratus perjalanan berbayar berbanding pemandu yang hanya menggunaka­n cara konvension­al, ujarnya.

Nancy berkata, ini bermak- na, penggunaan peluang yang disediakan teknologi secara langsung boleh meningkatk­an pendapatan pemandu teksi di negara ini dan dengan itu perkhidmat­an ‘e-hailing’ tidak seharusnya dilihat sebagai suatu masalah, sebaliknya ia harus dilihat sebagai satu platform untuk menambahka­n pendapatan.

“Justeru, kita tidak harus melihat perkhidmat­an ‘ ehailing’ ini sebagai saingan kepada kaedah operasi teksi konvension­al, tetapi harus digunakan sebagai peluang kepada para pemandu teksi serta pelengkap dalam mengimbang­i tawaran perkhidmat­an dengan permintaan dan trend pasaran,” kata beliau.

 ??  ?? NANCY
NANCY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia