Utusan Borneo (Sarawak)

JBPM Sarawak sentiasa sedia hadapi bencana musim hujan

-

KUCHING: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ( JBPM) Sarawak sentiasa bersedia pada bila-bila masa sebagai tindakan kesiapsiag­aan dari segi anggota dan logistik bagi menghadapi sebarang bencana musim hujan di negeri ini.

Pengarahny­a Nor Hisham Mohammad berkata, meskipun musim banjir yang berlaku di bahagian utara negeri ini beransur pulih tetapi jabatan tetap berada dalam keadaan bersedia terutama di kawasan yang diramalkan menerima hujan lebat dalam tempoh beberapa hari ini.

“Kita sudah bersedia dan hujan lebat dijangka berlaku (bahagian lain) dan harapnya keadaan baik.

“Memandangk­an ramalan juga tiada air pasang besar berlaku,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo di sini, semalam.

Menurut beliau, di Sarawak pengurusan jabatan dibahagika­n kepada tujuh zon dan terdiri daripada 29 Balai Bomba dan Penyelamat (BBP).

Dari segi keanggotaa­n kata beliau, jabatan secara keseluruha­n mempunyai 1,181 anggota yang mana 1,137 adalah anggota di balai, 30 anggota untuk bilik gerakan operasi sementara 14 anggota bagi zon.

“Sementara itu bagi ang- gota yang bertugas 12 jam kita mempunyai seramai 394 orang manakala yang bertugas selama 24 jam seramai 590 orang yang sentiasa bersiap sedia.

“Kita turut dibantu oleh Pasukan Bomba Sukarela (PBS) terdiri daripada 43 pasukan dengan seramai 2,100 ahli seluruh negeri,” katanya.

Nor Hisham berkata dari segi logistik air, jabatan menyediaka­n 46 bot aluminium, enam bot fiber, tiga kevlar dan sebuah ‘amphibious inflatable’ atau ARIB.

Bagi pengangkut­an darat, JBPM mempunyai sebanyak 18 lori tiga tan dan lima tan selain tiga bas serta 71 kend- eraan pacuan empat roda dan 14 van Urvan.

“Selain itu kita mempunyai 419 unit jaket keselamata­n dan 55 unit skuba sebagai persiapan peralatan menyelamat,” katanya.

Kelmarin akhbar menyiarkan beberapa kawasan di negeri ini iaitu Kuching, Mukah, Sibu, Sarikei, Betong, Sri Aman, Samarahan dan Serian dijangka dilanda hujan lebat dalam tempoh hari ini hingga Jumaat.

Amaran cuaca waspada (peringkat kuning) itu dikeluarka­n Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri menerusi satu kenyataan.

 ??  ?? WAJAH BAHARU: Ahmad Naufal (lima kiri) menyerahka­n buku serah tugas kepada Hamdani, disaksikan Zaki (empat kiri), Edmund, Tawang (dua kanan) dan pegawai bomba lain.
WAJAH BAHARU: Ahmad Naufal (lima kiri) menyerahka­n buku serah tugas kepada Hamdani, disaksikan Zaki (empat kiri), Edmund, Tawang (dua kanan) dan pegawai bomba lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia