Utusan Borneo (Sarawak)

JKR hantar pakar kaji tanah runtuh di Miri esok

-

MIRI: Sepasukan pakar daripada bahagian Kejurutera­an Cerun Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia akan dihantar ke Miri untuk melaksanak­an kajian bagi mengatasi masalah tanah runtuh di Bukit Kanada dan kawasan sekitarnya termasuk Kampung Lereng Bukit.

Mereka akan membuat lawatan tapak ke kawasan Kampung Lereng Bukit dan dan Bukit Kanada esok.

Perkara ini didedahkan Menteri Muda Pelanconga­n, Seni dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin semasa mela- wat kawasan tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit dan Bukit Kanada selepas mempengeru­sikan mesyuarat dengan agensi berkaitan di sini semalam.

“Saya sudah menghubung­i Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof dan Pengarah JKR Sarawak Datu Ir. Zuraimi Sabki berhubung isu yang dihadapi penduduk di kawasan berkenaan.

“Saya meminta bantuan mereka untuk mencari pendekatan terbaik bagi menangani isu tanah runtuh dan Fadillah bersetuju dan berjanji untuk menghantar pakar dari JKR pada 11 Januari,” katanya.

Turut mengiringi Lee pada lawatan tersebut Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri Penguasa Kanan Bomba Law Poh Kiong dan Jurutera JKR Bahagian Miri Chong Chi Fam.

Sementara itu, hujan tanpa henti hampir tiga hari sejak 5 hingga 7 Januari menyebabka­n 31 penduduk meliputi 10 keluarga dipindahka­n sementara selepas rumah mereka di Kampung Lereng Bukit tidak lagi selamat untuk didiami akibat kejadian tanah runtuh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia