Utusan Borneo (Sarawak)

N. Sembilan gazet lima daerah sebagai kawasan pertanian

-

JELEBU: Negeri Sembilan telah menggazetk­an lima daerah iaitu Jelebu, Jempol, Kuala Pilah, Tampin dan Rembau sebagai kawasan pertanian, kata Pengerusi Jawatankua­sa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Datuk Hasim Rusdi.

Beliau berkata ini sebagai langkah kerajaan negeri dalam usaha untuk memastikan bekalan makanan negara sentiasa mencukupi untuk permintaan domestik serta bagi meningkatk­an pendapatan masyarakat setempat.

“Daerah Jelebu misalnya mempunyai 145 hektar tanah yang telah pun ditanam dengan pelbagai jenis tanaman serta pokok buah-buahan... dan disebabkan itu jugalah, Jelebu amat terkenal dengan destinasi buah-buahan di Negeri Sembilan kepada orang luar.

“Selain durian, buah-buahan terkenal ialah manggis, mangga serta nanas dan kebanyakan buah ini dieksport sampai ke Singapura,” katanya dalam ucapan pada majlis ‘Moh...makan durian’ anjuran Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Jelebu di sini semalam.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Tan Sri Zainal Dahalan, Ahli Dewan Undangan Negeri Klawang Datuk Yunus Rahmat dan Pengarah LPP negeri Azizan Abdul Hamid.

Hasim berkata, durian kini telah menjadi satu fenomena yang sering diperkatak­an rakyat di negara ini memandangk­an nilai komersialn­ya kian meningkat saban tahun dan menyeru masyarakat di lima daerah itu supaya menanam durian memandangk­an ia kini merupakan sumber kekayaan baharu yang mampu memberi pulangan lumayan.

Katanya durian kini mendapat permintaan tinggi bukan sahaja dalam kalangan rakyat tempatan bahkan di luar negara seperti China dan Singapura.

PPK Jelebu yang memiliki tanah seluas 10 hektar setakat ini mempunyai lebih 600 batang pokok durian pelbagai jenis seperti musang king, 101, D24 dan durian kampung. Ia mampu mengeluark­an hasil sebanyak 12 tan metrik semusim.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan juga telah mewartakan dua lagi daerah iaitu Seremban dan Port Dickson sebagai kawasan pembanguna­n yang termasuk dalam pembanguna­n Lembah Wawasan Malaysia (MVV) yang meliputi kawasan seluas 153,000 hektar.

“Dalam tempoh 10 tahun lagi, kedua-dua daerah ini akan lebih maju daripada Subang Jaya dan Shah Alam, Selangor. Ini yang kerajaan negeri buat demi manfaat rakyat keseluruha­n,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TUAI HASIL: Zainal (kanan) bersama Hasim (tengah), Yunus (dua kanan) mengutip durian pada Program Moh Makan Durian anjuran Pertubuhan Peladang Kawasan Jelebu di Golden Valley Fruits Park, Titi, Jelebu semalam.
— Gambar Bernama TUAI HASIL: Zainal (kanan) bersama Hasim (tengah), Yunus (dua kanan) mengutip durian pada Program Moh Makan Durian anjuran Pertubuhan Peladang Kawasan Jelebu di Golden Valley Fruits Park, Titi, Jelebu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia