Utusan Borneo (Sarawak)

MBI tidak pernah naikkan cukai taksiran sejak 1982

-

IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh ( MBI) tidak pernah menaikkan cukai taksiran atau cukai pintu di bandar raya ini sejak tahun 1982, kata Datuk Bandar Ipoh Datuk Zamri Man.

Zamri berkata sebarang peningkata­n bayaran oleh pemegang atau pemilik premis adalah disebabkan oleh penambahan keluasan premis masing-masing.

“Kita masih gunakan nilaian sama sejak 1982 dan kaedah pengiraan percukaian dibuat berdasarka­n pengiraan luas bangunan mengikut kawasan. Jika berlaku perubahan cukai itu disebabkan perubahan luas bangunan.

“Sebagai contoh, jika dulu rumah 600 kaki persegi, kini telah berubah menjadi 1,000 kaki persegi jadi berlaku peningkata­n cukai (taksiran), itu yang orang ramai kena faham,” katanya tanpa mendedahka­n nilaian semasa yang digunakan.

Zamri bercakap pada sidang media di sini semalam, bagi menjelaska­n beberapa aduan awam yang mendakwa pihak berkuasa tempatan ( PBT) itu menaikkan kadar cukai taksiran.

Datuk bandar itu berkata, pemilik premis yang ingin membuat semakan atau bantahan boleh berbuat demikian secara bertulis mengikut peruntukan Seksyen 142, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) sebelum 14 Jan ini.

Mengulas lanjut, Zamri berkata secara keseluruha­n terdapat lebih 285,000 pegangan (premis) di bawah sempadan MBI dan daripada jumlah itu kira-kira 125,000 pegangan telah dinilai semula.

Katanya, penilaian semula telah dilaksanak­an oleh pihak MBI bermula tahun 2015 melibatkan beberapa kawasan dan apabila selesai notis diberikan kepada pemilik.

“Pemilik diberi ruang untuk mengemukak­an bantahan atau tidak, dan pemilik (kawasan yang terlibat penilaian semula) tahu jika menerima peningkata­n bayaran itu adalah kerana rumah semakin besar,” katanya lagi. — Bernama

 ??  ?? ANDYGIE
ANDYGIE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia