Utusan Borneo (Sarawak)

PDP tidak bantu lobi calon baharu bagi Parlimen Julau

-

JULAU: Anggota Majlis Tertinggi Parti Demokrat Progresif ( PDP) di sini melarang ahlinya membantu melobi calon baharu untuk bertanding pada kerusi Parlimen Julau pada pilihan raya akan datang.

Pengerusi PDP Cawangan Meluan Belayong Jampong berkata, tindakan membantu melobi calon baharu tidak dibenarkan sama sekali.

“Mereka berbuat demikian kerana agenda peribadi mereka sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi bertemu rakyat di Rumah Sabang, Rantau Limau dekat sini kelmarin.

Hadir sama Ahli Parlimen Julau Datuk Joseph Salang yang juga Setiausaha Agung Parti Rakyat Sarawak (PRS).

Belayong berkata, ahli PDP di Meluan dan Pakan akan memberi sokongan penuh kepada Salang sebagai calon PRS/BN sama seperti ahli parti kompenen Barisan Nasional (BN) lain selepas dicalonkan semula untuk mempertaha­nkan kerusi berkenaan.

“Kami akan meneruskan semangat disiplin dan kerjasama BN.

“Salang j uga telah berkhidmat dengan baik sebagai Ahli Parlimen Julau dan wajar dikekalkan,” jelas beliau.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Pemuda PRS Pakan Franklin Kaya berkata, mereka akan berusaha memastikan Salang memenangi semula kerusi parlimen berkenaan.

“Agak sukar untuk kami memahami mengapa perlu orang luar dan bukan ahli PRS begitu lantang menyuaraka­n pandangan tanpa menggunaka­n saluran betul bahawa Salang wajar diganti,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia